[PERSPEKTIF] SAYA PERLU MENJADI ROLE MODEL – ARTETA

Mikel Arteta percaya sangat penting untuk memikul tanggungjawab dalam dan di luar padang menjadi contoh terbaik kepada pemain-pemain lain. Pemain berusia 30 tahun dikenali dengan memiliki budaya professional dalam kariernya dan musim ini. Arteta dilantik selaku penolong kapten Arsenal yang baru sekaligus menjadi role model kepada pemain-pemain muda Arsenal yang lain.

“Di atas dan di luar padang saya cuba untuk berkelakuan baik di mana saya perlu melakukannya kerana bagi saya ini satu tanggungjawab besar (selaku pemain bola sepak),” kata Arteta kepada Arsenal Player.

“Bukan untuk diri saya tetapi untuk apa yang saya wakili kepada orang lain. Kami sangat bertuah di kedudukan ini di mana saya perlu mengambil kesempatan untuk melakukan perkara yang betul. Tetapi kadang-kadang kami melakukan banyak kesilapan.”

“Saya kini berusia 30 tahun dan masih bermain. Tetapi di Arsenal, saya merupakan antara pemain yang paling senior.”

“Ia sedikit melucukan tetapi saya memikul tanggungjawab ini (sepenuh hati) di mana terdapat pemain-pemain remaja berusia 17 dan 18 tahun memerhatikan saya,” kata pemain kelahiran Sepanyol itu.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply