[PERSPEKTIF] SAYA GEMBIRA DI ARSENAL – FABREGAS

Cesc Fabregas mengakui dirinya gembira sepanjang kehidupan di Arsenal dan mengakui kepulangannya ke Barcelona bukannya disebabkan kekecewaan. Bekas kapten Arsenal itu tidak dapat menyembunyikan rasa cintanya terhadap kota London dan Arsenal. Pemain berusia 25 tahun itu tampil membantu gol kemenangan menewaskan Belanda dalam perlawanan akhir untuk Sepanyol menjulang Piala Dunia FIFA 2010.

“Impian saya untuk bermain di Barca tetapi saya tidak kecewa di Arsenal,” kata Fabregas kepada L’Equipe baru-baru ini.

“Sebaliknya, saya telah tinggal di kota yang indah di dunia, dan saya bersama sebuah pasukan yang luar biasa bersama pengurus yang hebat dan penyokong yang terbaik.”

“Ini bukan persoalan hidup atau mati. Jika saya tidak kembali ke Barca, saya akan menghabiskan keseluruhan karier saya di Arsenal. Itu pastinya.”

Cesc Fabregas kembali menyertai kelab remajanya pada 15 Ogos tahun lalu selepas menghabis 8 musim bersama Arsenal. Pemain antarabangsa Sepanyol turut mengakui dirinya teruja dan gembira beraksi bersama Barcelona.

“Ya, kelab ini memberikan sesuatu yang lebih baik. Tetapi jelasnya, samada saya berhijrah ke Barca atau kekal di Arsenal ia bukan disebabkan wang dan saya kembali ke Barca kerana impian saya di mana saya mendapat kurang (gaji),” kata Fabregas lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply