[PERSPEKTIF] SAYA GEMBIRA BERMAIN BERSAMA WILSHERE – RAMSEY

Aaron Ramsey tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabil melihat rakan sepelatihnya, Jack Wilshere kembali menjalani latihan penuh dan bersedia untuk kembali menyertai skuad utama Arsenal. Duo wonderkid Arsenal itu tidak dapat bergandingan bersama-sama kerana mengalami kecederaan serius untuk tempoh masa yang panjang.

Jack Wilshere kini kembali beraksi bersama skuad utama Arsenal selepas disisihkan lebih 14 bulan kerana mengalami kecederaan lutut dan buku lali. Namun, pemain muda Arsenal berusia 21 tahun itu kembali buat pertama ketika membantu Arsenal menewaskan QPR 1-0 di Emirates semalam.

“Dia (Wilshere) tidak beraksi untuk satu tempoh yang panjang dan saya pernah mengalami situasi yang sama,” kata Aaron Ramsey.

“Saya gembira untuk melihat dia kembali bermain lagi. Tiada apa-apa yang lebih teruk daripada diketepikan untuk tempoh masa yang lama.”

“Kami tidak mempunyai peluang untuk bermain bersama-sama. Dia dipinjamkan (ke Bolton) dan saya mengalami kecederaan. Kemudiannya dia pula mengalami kecederaan panjang.”

“Dia seorang pemain yang berbakat, di mana pemain-pemain mahu bergandingan dengannya dan saya tidak terkecuali. Semoga ia akan menjadi kenyataan,” kata Ramsey lagi.

Sementara itu, Arsène Wenger tidak mahu terburu-buru menggunakan khidmat Wilshere dengan memberi peluang kepada pemain berusia 21 tahun itu memulihkan kecergasannya sebelum kembali berada dalam skuad utama Arsenal.

“Isnin lalu, dia (Wilshere) bermain 90 minit (menentang Everton B-21) begitu juga dengan Sagna dan Frimpong yang beraksi 90 minit. Kami dapat melihat perkembangan proses pemulihannya,” kata pengurus Arsenal itu.

“Tetapi kami terperangkap ketika ini kerana dia (Wilshere) mahu bermain dalam perlawanan penuh dan sudah pastinya dia tidak diturunkan menentang Schalke. Meskipun dia berada dibangku simpanan naum dia tidak bermain untuk tempoh masa yang lama,” kata Arsène Wenger.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply