[PERSPEKTIF] SAYA BUKAN FABREGAS – CAZORLA

Kehadiran pemain antarabangsa Sepanyol, Santi Cazorla yang menyertai Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lalu berjaya menampilkan aksi cemerlang sekaligus mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Cesc Fabregas yang menyertai Barcelona pada 15 Ogos 2011. Pemain berusia 27 tahun itu kini meniti di bibir-bibir penyokong-penyokong The Gunners menyatakan komitmennya untuk membantu Arsenal menamatkan kemarau kejuaraan.

Namun, Cazorla dilihat kurang senang lantaran segelintir peminat yang membandingkan dirinya dengan bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas.

“Tolong jangan bandingkan saya dengan Cesc Fabregas,” kata Cazorla kepada The Sun baru-baru ini.

“Saya adalah Cazorla dan bukannya Cesc. Tidak adil untuk membandingkan saya denganya kerana gaya permainan kami berbeza.”

“Kini, saya berada di sini dan menyedari bahawa Cesc adalah simbol untuk kelab ini dan saya terlalu sukar untuk mencapai tahap sepertinya.

“Saya telah bercakap dengan dia sebelum menandatangani kontrak (bersama Arsenal) – yang merupakan rakan sepasukan saya dalam skuad kebangsaan Sepanyol.”

“Saya gembira dengan minggu-minggu pertama di Arsenal. Saya sangat gembira dicalonkan selaku pemain terbaik bagi bulan Ogos, sebahagian daripada inisiatif daripada kerja keras saya.”

Pemain antarabangsa Sepanyol ini berjaya membantu The Gunners menampilkan aksi yang mantap dan konsisten pada saingan awal musim ini dan bersedia untuk menamatkan kemarau kejuaraan musim ini.

“Arsenal merupakan kelab yang besar di Eropah dan kami bersedia untuk bersaing merebut kejuaraan.”

“Dengan kemampuan kelab ini yang menampilkan skuad terbaik sejak dua musim lalu dan kini jelas kami mahu mengubah situasi tidak memenangi kejuaraan.”

“Kami (Arsenal) gagal memenangi kejuaraan tetapi saya percaya Arsenal kini menunjukkan keinginan dan potensi selaku juara. Kami bersaing untuk merebut kejuaraan liga. Kami memiliki skuad terbaik dan saya yakin kami mampu melakukannya (memenangi liga),” kata Cazorla lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply