[PERSPEKTIF] SAYA BANYAK BELAJAR DI ARSENAL – EISFELD

Thomas Eisfeld percaya dirinya melakukan peningkatan besar dalam tempoh 8 bulan sejak tiba di Emirates. Pemain muda Jerman ini menyertai Arsenal pada hari terakhir jendela perpindahan Januari lalu daripada Borussia Dortmund dan menjaringkan 2 gol dalam jelajah pra-musim Arsenal Asia Tour lalu. Eisfeld berharap dirinya akan terus meningkat dan mendapat peluang beraksi dalam skuad utama Arsenal kelak.

“Saya seringkali menjaringkan gol dan melakukan banyak assist,” kata Eisfeld kepada Official Arsenal Magazine.

“Saya rasa in sangat penting bagi pemain di posisi saya melakukannya.”

“Posisi kegemaran saya adalah No.10 role selaku attacking midfielder. Saya tidak kisah sama ada bermain selaku pemain sayap tetapi saya fikir beraksi selaku center foward tidak sesuai bagi saya kerana saya tidak memiliki fizikal yang kuat.”

“Sejak tiba di Arsenal, saya banyak belajar bagaimana untuk bermain bola sepak dengan pantas serta melakukan hantaran-hantaran dan pergerakan yang berkesan. Saya menjadi semakin kuat sekarang.”

“Pra-musim sangan baik dan memberi saya keyakinan diri. Saya semakin yakin kerana saya tahu saya mampu melakukannya tetapi saya tidak menjangka akan menjaringkan dua gol. Saya sangat gembira dapat melakukannya,” kata pemain berusia 19 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply