[PERSPEKTIF] SALAHKAN SAYA JIKA PERTAHANAN KAMI DIBOLOSI – BOULD

Steve Bould mengatakan dirinya yang sepatutnya dipersalahkan setiap kali gawang Arsenal dibolosi. Meskipun Arsenal berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 3 perlawanan awal musim ini, namun barisan pertahanan kembali dihimpit kebimbangan selepas melepaskan gol setiap perlawanan selepas itu termasuk ketika tewas 1-2 kepada Chelsea hujung minggu lalu.

Arsenal kembali mendapat nafas baru apabila menewaskan Olympiakos 3-1 di Stadium Emirates semalam menerusi jaringan Gervinho, Lukas Podolski dan Aaron Ramsey. Namun, Olympiakos turut berjaya membolosi gawang Arsenal menerusi tandukan cantik Kostantinos Mitroglou pada masa kecederaan separuh masa pertama.

“Kami nampak tertekan dan berjaya mengatasinya pada separuh masa kedua,” kata penolong pengurus Arsenal itu.

“Selepas kekalahan Sabtu lalu (kepada Chelsea) mungkin menjejas sedikit keyakinan kami. Kami cuba melupakannya dan kembali ke landasan asal.”

“Kami memulakan perlawanan menentang Olympiakos dan kelihatan sedikit gemuruh. Saya rasa keputusan perlawanan Sabtu lalu menjejaskan kami dan kami kehilangan keyakinan.”

Steve Bould turut mempertahankan barisan pertahanannya yang sering melepaskan beberapa perlawanan kebelakangan ini dan mengambil tanggungjawap untuk dipersalahkan setiap kali pertahanan Arsenal dibolosi.

“Salahkan saya. Kami akan mengkaji dan cuba untuk mengatasinya (kelemahan barisan pertahanan),” kata Steve Bould lagi.

“Selepas tiga perlawanan tanpa bolos, kami dibolosi setiap perlawanan.Kami harus memperbaik kelemahan terutama ketika set piece. Saya merasakan semua akan baik,” kata Bould lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply