[PERSPEKTIF] PENJUALAN ROBIN VAN PERSIE SATU KESILAPAN – TONY ADAMS

Robin-van-Persie-join-Man-UnitedLagenda Arsenal, Tony Adams mengatakan Arsenal melakukan kesilapan apabila melepaskan Robin van Persie ke Manchester United dengan nilai £24 juta. Musim lalu, penyerang Belanda itu meledak menjadi tonggak utama The Gunners dengan menjaringkan 37 gol dalam 48 perlawanan. Kemarau kejuaraan yang melanda Arsenal sejak 2005 mendorong Robin van Persie menyertai The Red Devil pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Robin van Persie terus mempamerkan kecemerlangannya musim ini bersama United apabila meledak 7 gol dalam 8 perlawanan setakat ini.

“Saya rasa penjualan Robin (van Persie) adalah satu kesilapan,” kata bekas kapten Arsenal itu kepada BBC Sport.

“Secara realistik, saya rasa mereka akan mengalami kejatuhan kembali.”

“Saya fikir dia sepatutnya bermain (bersama Arsenal) untuk empat atau lima tahun lagi. Saya berharap mereka akan pergi lebih jauh dan memenangi kejuaraan.”

“Saya tidak akan membuat keputusan itu (menjual Robin van Persie). Kerana saya percaya untuk memenangi kejuaraan utama memerlukan pemain-pemain terbaik.”

Bekas pertahanan Arsenal dan England, Tony Adams mencadangkan agar bekas rakan sepasukan, Steve Bould supaya berusaha lebih keras dengan peranan baru selaku penolong pengurus Arsenal.

Meskipun musim ini Arsenal melepaskan 7 gol daripada 8 perlawanan berbanding 17 gol pada tempoh yang sama musim lalu namun Adams mengakui masih banyak yang perlu dilakukan oleh Steve Bould mengatasi kelemahan pertahanan Arsenal terutama menerusi set piece.

“Ini merupakan satu doa dan kritikan buat Steve (Bould),” kata Adams yang menjaringkan 48 gol dalam 669 penampilan bersama Arsenal.

“Orang akan berkata ini adalah pertahanan yang hebat kerana dia (Steve) seorang bekas pemain pertahanan. Dan apabila dibolosi mereka akan memandang dia dan berkata Steve anda melakukan tugas dengan tidak baik.”

“Berdasarkan pengalaman saya, Arsene Wenger seorang pengurus yang offensive dan ini memberi kesukaran kepada Steve (Bould),” kata bekas kapten Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply