[PERSPEKTIF] OLIVIER GIROUD AKAN TERUS MENINGKAT – PARLOUR

Arsenal memulakan musim ini dengan menghadapi masalah untuk menjaringkan gol ekoran pemergian penjaring terbanyak musim lalu, Robin van Persie yang berpindah ke Manchester United dan pemain paling banyak melakukan assist, Alex Song yang menyertai Barcelona pada musim panas lalu. Kehadiran Olivier Giroud pula gagal memberi impak dalam perlawanan awalnya bersama The Gunners sekaligus dilabel sebagai Next Chamakh oleh segelintir peminat-peminat dan pemerhati bola sepak.

Namun, segalanya berubah apabila Arsenal berjaya menepis kritikan-kritikan apabila berjaya 13 gol selepas 7 perlawanan dengan Giroud mula menemui sentuhan apabila menjaringkan 2 gol dan menghasil 4 assist setakat ini. Lagenda Arsenal, Ray Parlour mengakui bahawa Olivier Giroud akan terus mempamerkan peningkatan untuk menjadi bintang utama The Gunners tidak lama lagi.

“Dia (Giroud) memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri bersama kelab baru dan kehidupan baru bersama keluarga (di London),” kata Ray Parlour.

“Sebahagian (pemain) mampu menyesuai diri dengan cepat tetapi sebahagian lagi memerlukan sedikit masa tetapi saya rasa dia sudah melakukan dengan baik.”

“Dia beraksi cemerlang dalam perlawanan menentang West Ham. Saya rasa Giroud pemain utama kami. Dan jaringannya ketika menentang West Ham akan membantu melonjakkan prestasi yang lebih baik.”

“Saya rasa dia merupakan pembelian yang baik.”

Meskipun hanya menjaringkan 32 gol sepanjang 12 tahun bersama Arsenal namun Parlour sangat arif dengan situasi seorang penyerang. Ray Parlour beraksi selaku pemain tengah sepanjang bersama Arsenal menjadi penyumbang di sebalik penyerang-penyerang hebat Arsenal seperti Thierry Henry, Dennis Bergkamp dan Ian Wright.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply