[PERSPEKTIF] OLIVIER GIROUD AKAN MENDAPAT RENTAK DI ARSENAL – BASSONG

Penyerang Arsenal, Olivier Giroud berada di bawah prestasi sebenar sejak berpindah ke Arsenal dengan yuran perpindahan bernilai £12 juta dari kelab Montpellier di menjaringkan 2 gol dalam 10 perlawanan setakat ini. Namun, pertahanan Norwich kelahiran Perancis, Sebastian Bassong mengakui Giroud menghadapi cabaran fizikal dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Sebastian Bassong percaya penjaring terbanyak Ligue 1 musim lalu itu bakal mendapat prestasi terbaiknya bersama Arsenal dalam sedikit masa lagi. Pertahanan berusia 26 tahun mengakui dirinya turut menghadapi situasi yang sama ketika mula-mula beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

“Ketika saya pertama kali tiba di England bermain bermain untuk Newcastle United, saya menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan pantas,” kata pertahanan tengah Norwich City itu.

“Saya merasakan (Olivier) Giroud melakukan dengan baik. Dia menjaring gol yang baik bersama Perancis menentang Sepanyol minggu lalu dan menjaringkan gol ketika menentang West Ham United  minggu sebelumnya.”

“Jadi Giroud dalam proses untuk mendapatkan prestasinya dan saya tidak risau mengenai dia.”

Sebatian Bassong mengakui bahawa pasukannya, Norwich City menghadapi kesukaran ketika menentang Arsenal hujung minggu lalu dan bernasib baik memunggut 3 mata di Carrow Road.

“Arsenal merupakan pasukan yang bagus dan mereka memiliki pemain-pemain yang berkualiti. Saya rasa kami telah memudahkan perlawanan dengan menjaringkan gol awal – dan apabila pertahanan dan penyerang mengambil kesempatan,” kata Bassong lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply