[PERSPEKTIF] MENGAGUMKAN DAPAT KEMBALI BERAKSI – SAGNA

Bacary Sagna mengakuiĀ  dirinya sangat gembira dapat bermain sekali selepas melakukan kemunculan semula bersama skuad Arsenal B-21 malam Isnin lalu. Pemain antarabangsa Perancis itu mengalami keretakan tulang fibula kali kedua dalam masa 12 bulan menentang Norwich City pada Mei lalu dan kini sedia untuk kembali beraksi bersama skuad utama Arsenal.

Bek kanan Arsenal itu berjaya menyempurnakan aksi selama 61 minit menentang Reading B-21 di Underhill dan positif dengan perkembangan dirinya.

“Ia sangat mengagumkan dapat kembali (beraksi), saya menunggu saat ini sejak 5 bulan lalu,” kata Sagna kepada Arsenal Player.

“Ini adalah sasaran saya : untuk kembali beraksi, buat pertama kali bersana skuad Arsenal B-21. Segalanya berjalan baik dan saya sangat gembira.”

“Saya perlu berkerja keras. Saya menghabiskan banyak masa di pusat pemulihan, dan saya kembali dan perlu berkerja keras bersama jurulatih kecergasan dan fisioterapi untuk sedia untuk kembali. Akhirnya saya berjaya.”

“Apabila anda mengalami kecederaan serius buat pertama kali, ada harus menerimanya tetapi untuk kali kedua agak sukar. Dalam pemikiran saya, saya turut berasa sedih tetapi saya sedia untuk menanggani cabaran dan kembali lebih kuat. Saya berada dalam situasi baik hari ini.”

Dalam masa yang sama, Sagna turut memuji persembahan yang dipamerkan oleh rakan seposisinya, Carl Jenkinson musim ini. Jenkinson, 20, menjadi pilihan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sagna sejak musim lalu.

“Dia (Jenkinson) merupakan seorang pemain yang bagus dan banyak belajar. Dia kini lebih yakin dan bersedia menjadi seorang pertahanan yang kental,” kata Sagna lagi.

“Dia banyak membantu pasukan ini dan saya sangat gembira kerana dia sentiasa berkerja keras dan seorang pemain yang bagus.”

“Kami kini semakin mantap. Saya rasa kami mampu memenangi liga di mana perlu menghadapinya secara berperingkat. Tetapi kami memiliki kualiti yang diperlukan sehingga ke penghujung musim dan menjadi juara,” kata pertahanan Perancis berusia 29 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply