[PERSPEKTIF] KEDUDUKAN KE-4 LIGA SAMA SEPERTI SEBUAH KEJUARAAN – WENGER

Arsène Wenger menegaskan tiket kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah sama seperti menjulang kejuaraan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Arsenal bersama penyokong-penyokong Khamis lalu. Pengurus Arsenal menerima tepukan gemuruh oleh penyokong-penyokong selepas selesai menyampaikan ucapannya namun CEO Arsenal, Ivan Gazidis dan Pengerusi Arsenal, Peter Hill-Wood tidak menerima sokongan hangat seperti yang diterima Wenger.

Disebalik prestasi tidak menentu The Gunners ekoran kekalahan dalam 2 perlawanan berturut-turut kepada Norwich City dan Schalke 04 namun Arsène Wenger terus menerima sokongan oleh penyokong-penyokong Arsenal untuk terus mengendalikan kelab ini.

“Bagi saya, terdapat lima piala semusim : Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah, Piala FA, Piala Liga dan kelima ialah kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah,” kata Arsene Wenger dalam Mesyuarat Agung Tahunan Arsenal baru-baru ini.

“Apabila anda melihat kami menandatangani pemain-pemain, mereka tidak bertanya jika anda telah memenangi Piala Liga, sebaliknya mereka bertanya jika anda berada dalam Liga Juara-Juara.”

Tahun lalu, Arsène Wenger menyampaikan ucapan selama 11 setengah minit semasa Mesyaurat Agung Tahunan yang berjaya meyakinkan peminat-peminat yang turut disamakan dengan ucapan bekas Perdana Menteri Great Britain, Sir Winston Churchill. Pengurus Arsenal itu turut melaungkan keyakinan dengan kemampuan skuad Arsenal musim ini untuk menamatkan kemarau kejuaraan sejak 7 musim yang lalu.

“Pasukan ini bermula dengan dinamik dan meyakinkan. Kami telah terkandas dengan halangan 2 perlawanan terakhir dan ianya sukar dijelaskan tetapi kami masih kekal fokus dengan skuad yang hebat,” kata Arsène Wenger lagi.

“Tugas saya adalah membawa pasukan dengan sumber yang ada dan saya tidak pernah merungut. Saya mahu kelab membayar pemain dengan sumber (kewangan) sendiri, ia bukan sesuatu yang memalukan.”

“Yang paling penting ialah kami kekal bersatu dan saya pasti peminat-peminat masih menyokong kami hingga ke penghujung musim,” kata pengurus Arsenal berusia 63 tahun itu lagi.

Incoming search terms:

  • kedudukan liga kejuaraan
This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply