[PERSPEKTIF] KAMI AKAN BANGKIT DARI KEKALAHAN INI – WENGER

Arsène Wenger melaungkan keyakinan bahawa skuad bimbingannya akan bangkit selepas kekalahan Sabtu lalu di tangan Chelsea. Rekod tanpa kalah Arsenal lebur akhirnya menerusi jaringan Juan Mata pada minit ke-54 selepas Gervinho berjaya menyamakan jaringan Fernando Torres pada separuh masa pertama. Pengurus Arsenal itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaanya namun yakin pasukannya memiliki kemampuan untuk menjadi lebih kuat selepas kekalahan tersebut.

“Pemain-pemain sangat kecewa. Mereka memiliki sikap yang bagus dan mereka sangat kecewa,” kata Arsene Wenger.

“Saya memahaminya tetapi saya rasa kami akan bangkit selepas ini. Ia sudah berlaku musim lalu di mana mereka sangat kecewa kerana kalah dalam perlawanan yang tidak sepatutnya mereka kalah.”

Arsenal bakal memiliki peluang yang lebih baik dengan Lukas Podolski dan Olivier Giroud akan diturunkan untuk mendapatkan mata di Stadium Emirates. The Gunners melepaskan 3 gol menerusi set-piece dalam 2 perlawanan terakhir liga setakat ini jelas mengecewakan pengurus Arsenal itu.

“Saya rasa kami terlalu pasif ketika kedua-dua gol itu dihasilkan dan sepatunya kami lebih aktif. Kami sering beraksi di tempat sendiri dan gol dihasilkan menerusi dua  set-piece.”

“Kami beraksi menentang pasukan yang bagus dan mereka menghasilkan 3 percubaan tepat dan berjaya menjaringkan 2 gol, sesuatu yang sangat hebat di mana saya tidak pernah melihatnya. Kami seharusnya menafikan gol itu,” kata Arsene Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply