[PERSPEKTIF] FRIMPONG GEMBIRA MELIHAT SENYUMAN DI WAJAH WILSHERE

Emmanuel  Frimpong menyatakan kegembiraannya apabila melihat senyuman terpancar di wajah Jack Wilshere ketika pemain berusia 20 tahun itu melakukan kemunculan semula bersama skuad Arsenal B-21. Pemain antarabangsa England itu terpaksa berehat hampir 14 bulan selepas mengalami kecederaan buku lali dan lutut pada Ogos tahun lalu. Wilshere beraksi selama 63 minit semalam namun gagal membantu Arsenal B-21 selepas tewas 0-1 kepada West Brom B-21.

Frimpong turut kembali beraksi selepas disisihkan selama 7 bulan selepas mengalami kecederaan lutut tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila bergandingan bersama rakan baiknya itu dalam perlawanan menentang West Brom B-21 semalam.

“Saya melihat dia (Wilshere) kembali bermain bersama pasukan ini dan melihat seyuman di wajahya,” kata Emannuel Frimpong.

“Selepas diketepikan hampir 14 bulan, dia beraksi dengan baik dan boleh berbangga dengan prestasinya semalam.”

“Apabila kamu tidak bermain untuk tempoh masa yang lama, adalam normal apabila kamu cepat keletihan. Dia (Wilshere) memerlukan lebih banyak perlawanan lagi untuk kembali cergas sepenuhnya. Saya rasa skuad Arsenal dan kebangsaan England akan teruja dengan kepulangannya.”

“Wilshere adalah kawan baik saya di kelab ini. Ini kerana saya mengenalinya sejak 11 tahun yang lalu. Saya sangan gembira beraksi bersama-samanya dan kami sudah cuba melakukan yang terbaik meskipun kami tewas dalam perlawanan semalam.”

Frimpong mengakui dia melakukan beberapa terjahan kasar ke atas Wilshere semasa latihan kerana pemain-pemain memerlukan keberanian untuk proses pemulihan berjalan lancar.

“Tidak, anda tidak perlu memberikan dia apa-apa galakan. Walaupun dia seorang pemain muda, Jack (Wilshere) telah melakukan banyak penampilan di peringkat antarabangsa dan dia seperti seorang pemain senior ketika di bilik persalinan.”

“Saya tak fikir kami perlu memberikannya motivasi untuk dia terus beraksi. Tidak perlawanan apa sekalipun, dia akan kembali bermain dan sentiasa memberikan yang terbaik,” kata Frimpong lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply