[PERSPEKTIF] DAVID SILVA, ROBERT PIRES YAKINKAN SAYA – CAZORLA

Santi Cazorla mendedahkan bahawa pemain Manchester City, David Silva dan bekas bintang The Gunners, Robert Pires meyakinkan dirinya untuk berhijrah ke England. Pemain antarabangsa Sepanyol itu tiba di Arsenal pada musim panas lalu dari kelab Sepanyol, Malaga berjaya menyesuaikan diri dengan cepat dan menjadi pemain utama Arsenal musim ini.

Pemain berusia 27 tahun itu mendedahkan dia berbicara dengan pemain tengah City, David Silva mengenai kehidupan dan corak permainan di England.

“Saya bercakap dengan Silva sebelum datang ke sini dan dia memberitahu saya bahawa saya akan menikmati segalanya tentang Liga Perdana Inggeris,” kata Cazorla kepada Daily Mirror baru-baru ini.

“Dia (Silva) memenangi kejuaraan bersama Manchester City dan dia sangat gembira dengan bola sepak (Inggeris) dan saling menghormati antara pemain, berbeza dengan di Sepanyol.”

“Saya sangat selesa, jadi saya gembira datang ke sini. Dia memberikan pengenalan tentang cabaran bola sepak Inggeris.”

Santi Cazorla turut mengakui bekas rakan sepasukan di Villarreal yang merupakan salah seorang ikon Arsenal, Robert Pires turut memainkan peranan dalam membantu perpindahannya ke Emirates.

“Apabila Arsenal menunjukan minat (mendapatkan saya), Robert (Pires) memberitahu saja supaya tidak berfikir dua kali di mana saya akan gembira bersama kelab yang sempurna bagi saya. Dan ini menjadi aspirasi saya untuk memenangi kejuaraan bersama Arsenal dan pergi lebih jauh,” tambah Cazorla lagi.

“Setakat ini, segalanya menjadi kenyataan dan saya gembira di sini. Saya merasakan seperti di tempat sendiri meskipun saya mengharungi kehidupan harian di England yang berbeza dengan di Sepanyol.”

“Mikel Arteta banyak membantu saya di sini, dia banyak menyokong saya dan saya juga berterima kasih kepada pemain-pemain Arsenal yang mengalu-alukan kehadiran saya di sini.”

Santi Cazorla berjaya menjadi pemain terbaik Arsenal dua bulan berturut bagi bulan Ogos dan September ekoran persembahan mantapnya yang menjadi pemangkin peningkatan prestasi Arsenal musim ini. Pemain tengah Sepanyol ini turut bersedia mengharungi cabaran Liga Perdana Inggeris dan menjulang kejuaraan besama The Gunners.

“Keseluruhan pasukan melakukan yang terbaik. Saya fikir kami tidak sepatutnya kalah menentang Chelsea, sekurang-kurangnya kami layak mendapat satu mata.”

“Tetapi saya fikir kami perlu membukti keupayaan sebenar kami menentang pasukan seperti Manchester City, Manchester United, Tottenham Hotspurs dan Chelsea. Masa depan kami cerah,” kata pemain berusia 27 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply