[PERSPEKTIF] BARISAN PERTAHANAN KUNCI KEJAYAAN ARSENAL MUSIM INI – MERTESACKER

Barisan pertahanan bakal menjadi asas kejayaan skuad Arsenal musim ini menurut Per Mertesacker. Pertahanan antarabangsa Jerman itu berjaya menampilkan aksi cemerlang musim ini termasuk ketika membantu Arsenal menewaskan West Ham United 3-1 di Upton Park Sabtu lalu. Per Mertesacker menyertai Arsenal pada 31 Ogos 2011 dengan yuran perpindahan bernilai £10 juta dari Werder Bremen.

“Kami bagaikan berada di awan-awangan apabila berhadapan dengan perlawanan sukar,” kata Per Mertesacker.

“Kami terpaksa bertahan dengan banyak terutama ketika separuh masa kedua ketika situasi agak kelam-kabut dan West Ham memiliki beberapa peluang-peluang baik.”

“Tetapi kami berjaya mendapatkan kembali rentak permainan dan melakukan serangan balas di mana selepas itu kami beraksi dengan baik terutama di bahagian pertahanan. Kami berjaya memenangi banyak situasi tandukan yang sangat mencabar.”

“Ia (pertahanan kami) menjadi berbeza, ini adalah penting bagi kami kerana bertahan untuk memenangi lebih banyak perlawanan. Kami akan cuba untuk mengekalkannya sepanjang tahun ini.”

Sementara itu, pertahanan tengah Arsenal berusia 28 tahun ini mengakui tidak menghadapi masalah dengan sistem pengiliran pemain yang dilakukan oleh pengurus Arsenal itu. Arsene Wenger sering menukarkan gandingan pertahanan tengah antara Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny dan Per Mertesacker.

“Pengurus sudah memaklumkan kepada saya pada awal musim lalu bahawa kami memiliki lebihan bek tengah yang bagus dan kami dapat membantu pasukan ini menjadi lebih kuat lagi kerana kami memiliki ramai pemain-pemain yang bagus di semua posisi,” kata Mertesacker lagi.

“Wenger mengatakan dia akan melakukan perubahan beberapa kali dan saya fikir ini sangat bagus untuk perkembangan kami,” kata bekas pertahanan Werder Bremen itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply