[PERSPEKTIF] ARSENE WENGER MENILAI KUALITI PEMAIN BUKAN BERDASARKAN HARGA

Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis mengulas mengenai cara Arsene Wenger berada dalam pasaran perpindahan pemain dengan menegaskan bahawa harga bukan menjadi faktor yang mempengaruhi pengurus Arsenal itu. Sebaliknya, Arsene Wenger lebih cenderung untuk mendapatkan pemain-pemain yang mampu membantu meningkatkan prestasi The Gunners.

“Saya tak fikir Arsene (Wenger) seorang yang konsovertif, saya rasa dia memiliki keberanian yang luar biasa,” kata Ivan Gazidis kepada BBC Five Live.

“Saya rasa dia boleh berfikir apa yang orang lain tak mampu fikirkan dan melihat apa yang orang lain tak mampu melihatnya”

“Arsene (Wenger) tidak terikat dengan harga untuk menilai kemampuan seseorang pemain, dia melihat lebih kepada pemain-pemain muda yang dilahirkan daripada akademi Arsenal dan pemain-pemain muda berbakat daripada kelab-kelab lain dengan harga yang jauh lebih murah.”

“Dia bukan orang yang takut untuk berbelanja tetapi apabila dia mempercayai seseorang pemain dan melihat kemampuan untuk memacu kejayaan Arsenal dan bukannya taksub dengan bayaran yuran perpindahan yang besar.”

“Saya rasa ketika ini kami perlu terus mengatakan kepada mereka (penyokong Arsenal) untuk terus bersabar di mana ia bakal berakhir. Saya fikir kami sedia untuk memburu kejayaan dan kekal konsisten selaku kelab terkemuka di Eropah,” kata Gazidis lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply