[PERSPEKTIF] ARSENAL KUKUHKAN KEDUDUKAN SAYA DALAM LA ROJA – CAZORLA

Santi Cazorla mengakui dirinya sangat gembira dengan kehidupan dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas melengkapkan perpindahan ke Arsenal dari Malaga pada jendela perpindahan musim panas lalu. Pemain berusia 27 tahun turut mengakui persembahan mantapnya bersama Arsenal berjaya mengukuhkan kedudukan dalam skuad utama Sepanyol.

“Ini terjadi dalam masa beberapa bulan ini dan saya menghabiskan masa di sini di mana ramai orang berbicara mengenai saya,” kata Santi Cazorla.

“Saya berasa sangat penting di Arsenal dan mahu terus meningkat serta berharap dapat memberikan lebih lagi pada masa hadapan.”

“Juan Mata seorang pemain yang bagus, dia melakukan tugasan dengan sangat bagus terutama sejak berhijrah ke England (Chelsea). Tetapi jurulatih yang akan memilih siapa yang bakal beraksi dalam skuad kebangsaan.”

Bekas pemain tengah Malaga ini telah menjaringkan gol kedua bersama Arsenal ketika membantu kemenangan 3-1 ke atas West Ham United pada Sabtu lalu dan turut menjadi nadi utama prestasi baik Arsenal awal musim ini.

“Saya dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam gaya permainan Arsenal dan saya diberi tanggungjawap ini sejak hari pertama (di Arsenal).”

“Saya berasa sangat bagus kerana saya memiliki rakan-rakan sepasukan yang hebat di sisi saya dan banyak membantu saya.”

“Saya gembira dengan peranan saya, ini memberi kelebihan kepada saya. Itu yang sering saya katakan. Saya rasa sangat gembira dan masa depan saya semakin menyinar di sini.

Cazorla turut mengakui kedudukannya dalam skuad kebangsaan Sepanyol semakin kukuh dan dilihat bakal menjadi pilihan untuk mengisi bahagian tengah skuad La Roja ekoran krisis yang melanda barisan pertahanan ketika ini dengan Sergio Busquet berkemungkinan besar bakal beraksi di posisi pertahanan. Sepanyol bakal bertandang ke Belarus Jumaat ini sebelum menanti kunjungan Perancis di Vicente Calderon pada Selasa ini.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply