[PERSPEKTIF] AARON RAMSEY BAKAL KEMBALI KE LANDASAN SEBENAR

Aaron Ramsey mengakui mengalami kesukaran untuk mengembalikan prestasi sebenarnya selepas mengalami patah kaki serta kehilangan jurulatih skuad kebangsaan Wales, Gary Speed yang memberi kesan secara mental dan fizikal kepada dirinya. Pemain berusia 21 tahun itu berjaya menjaringkan pertamanya musim ketika menentang Olympiakos semalam namun masih tercari-cari rentak dan mengekalkan konsistensi.

Pemain kelahiran Caerphilly ini mengatakan kecergasan dan masalah luar padang sering menghantui dirinya untuk mendapatkan prestasi terbaik namun Ramsey melaungkan keyakinan yang tinggi untuk kembali beraksi di tahap terbaik sekaligus menyertai persaingan untuk mendapat empat dalam kesebelasan utama Arsenal.

“Saya mengalami kecederaan yang teruk dan itu memberi masa untuk saya mendapatkan kembali prestasi saya,” kata Aaron Ramsey kepada Evening Standard selepas kemenangan 3-1 Arsenal ke atas Olympiakos.

“Saya berasa sangat baik dan kembali yakin, mendapat kembali diri saya yang sebenar untuk merebut tempat dalam skuad utama. Semoga ini akan melonjak saya dan prestasi saya akan terus meningkat musim ini.”

“Saya telah berbicara dengan mereka yang mengalami kecederaan teruk (seperti saya). Saya mendengarnya dan saya harus bersabar. Saya tidak mahu tergesa-gesa, saya mahu memastikan segalanya berjalan lancar.”

Aaron Ramsey yang merupakan kapten skuad kebangsaan Wales mengakui dirinya melalui pelbagai proses dan perjalanan yang sukar termasuk kehilangan jurulatih kesayangannya, Gary Speed tahun lalu.

“Banyak perkara yang kepada saya tahun lalu dan saya mengalami kesukaran untuk mengatasinya dalam hidup saya. Pelbagai tekanan di dalam dan di luar padang. Kini, saya berasa sangat bagus dan gembira dan berharap dapat mempamerkan prestasi sebenar saya.”

“Saya semakin meningkat selepas kembali dari kecederaan. Ia menjadikan saya lebih kuat dan segi mental dan fizikal. Saya mendapat kembali keyakinan saya dan prestasi saya sebelum ini,” kata Ramsey lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply