[PERSEKTIF] SCHALKE 04 BUKAN LAWAN MUDAH ARSENAL

Lukas Podolski telah memberi amaran kepada Arsenal bahawa mereka akan menghadapi perlawanan yang istimewa kerana akan melayan kunjungan Schalke 04 di Emirates pada awal pagi Khamis. Penyerang antarabagsa Jerman itu mengakui perlawanan ini sangat penting bagi kedua-dua pasukan mencari mata penuh bagi mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan B.

Schalke 04 yang kini menduduki tangga ke-3 Bundesliga setakat ini berjaya menampilkan aksi cemerlang pada permulaan musim ini termasuk menewaskan juara bertahan, Borussia Dortmund 1-2 di tempat lawan Sabtu lalu. Bekas penyerang Koln ini mengakui Arsenal bakal menghadapi kesukaran untuk menewaskan kelab bimbingan Huub Stevens ini.

“Schalke adalah satu pasukan yang sangat kuat, pasukan paling sukar yang kami perlu hadapi dalam saingan peringkat kumpulan ini”, kata Podolski kepada Official Matchday Programme.

“Jika kita boleh menang perlawanan ini kita akan menjadi sangat baik. Schalke adalah pasukan yang kental, mereka memiliki keistimewaan beraksi di tempat sendiri. Jadi kami perlu mendapatkan 3 mata di laman sendiri.”

“Saya tahu jurulatih mereka, Huub Stevens, sangat baik kerana dia telah melatih saya semasa saya berada di Cologne. Mereka akan menjadi sukar untuk ditewaskan, tetapi kami juga akan bermati-matian untuk menewaskan mereka”

Sementara itu, rakan senegara Podolski, Per Mertesacker turut mengakui bahawa Schalke merupakan sebuah pasukan yang bagus, memiliki corak permainan hampir serupa dengan Arsenal. Pertahanan tengah Arsenal itu mengakui kelibat pemain-pemain utama seperti Huntelaar, Farfan dan Afellay perlu diberi perhatian rapi jika mahu memungut 3 mata penuh.

“Mereka (Schalke) bermain dengan baik. Saya tahu kerana saya pernah bermain dalam Bundesliga lebih dari 6 musim. Mereka memiliki pemain-pemain baru seperti Afellay dan ancaman utama pastinya datang dari Klaas-Jan Hunterlaar dan Jefferson Farfan,” kata Per Mertesacker.

“Mereka memiliki kelebihan teknikal dan hantaran yang baik – cara permainan mereka hampir serupa dengan kami. Kami akan melihat ke hadapan kerana kami memiliki peluang untuk mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan.”

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply