[PERSPEKTIF] WENGER MAHU UBAH GERVINHO DAN WALCOTT MENJADI PENYERANG

Arsène Wenger percaya Gervihno memiliki kemampuan untuk menjadi penyerang tengah yang berjaya. Pemain antarabangsa Ivory Coast itu memulakan karier bersama Arsenal selaku pemain sayap namun musim ini Gervinho sering diletakkan selaku penyerang dan berjaya menjaringkan 5 gol daripada 7 perlawanan setakat ini.

Pengurus Arsenal itu mengatakan bahawa kelincahan dan pergerakan Gervinho mampu menjadi ancaman utama kepada pasukan lawan mengakui bahawa sentuhan penyerang berusia 25 tahun semakin bertambah baik.

“Pemikiran untuk memanfaatkan sebaiknya kualiti dalam pergerakan dan kelincahan,” kata Wenger ketika ditanya mengenai perubahan yang dilakukannya terhadap Gervinho.

“Tetapi sudah pasti kami perlu mengatasi sedikit halangan yang tidak serasi dengan pemikiran lama seorang penyerang.”

“Saya melakukannya (mengubah posisi) terhadap Robin van Persie. Dia seorang penyerang yang memiliki teknik, jadi tidak pelik jika kami meletakkannya sebagai penyerang.”

“Saya juga melakukannya kepada Thierry Henry, dan saya kini melakukan kepada Gevinho dan saya rasa mungkin akan melakukan kepada (Theo) Walcott.”

Sementara itu, Theo Walcott dan agennya kini sedang berbincang mengenai kontrak lanjutan dengan pegurusan Arsenal dan mereka hanya akan menandatangani kontrak jika Wenger mahu mengubah Theo Walcott menjadi seorang penyerang di Arsenal. Terdahulu, Walcott menyatakan hasratnya untuk mengikut jejak langkah Thierry Henry untuk menjadi seorang penyerang yang digeruni.

“Saya mahu menjadi seorang lagenda Arsenal. Thierry Henry menyertai kelab ini ketika berusia 22 tahun dan saya mahu menjadi lagenda Arsenal sepertinya, beraksi dengan baik selaku penyerang.”

“Saya kini beraksi selaku pemain sayap kanan dan mahukan lebih peluang untuk beraksi di hadapan yang itu sentiasa berada dalam pemikiran saya,” kata pemain antarabagsa England berusia 23 tahun itu.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply