[PERPINDAHAN] THEO WALCOTT BAKAL IKUT JEJAK ROBIN VAN PERSIE

Lagenda Arsenal, Ray Parlour dihimpit kebimbingan ekoran situasi tidak menentu mengenai pemain sayap Arsenal, Theo Walcott kini dan mengakui pemain berusia 23 tahun itu bakal mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukannya, Robin van Persie meninggalkan Stadium Emirates. Perbincangan mengenai masa depan Walcott di Arsenal masih berjalan namun belum mencapai kata putus di mana kontraknya bakal berakhir pada musim panas depan.

Parlour merupakan bekas pemain Arsenal yang beraksi dari 1992 hingga 2004 percaya kegagalan mencapai kata sepakat mengenai kontrak baru Walcott merupakan petanda awal Arsenal bakal kehilangan pemain sayap antarabangsa England itu sama seperti yang berlaku kepada Robin van Persie.

“Ia akan menjadi seperti situasi Robin van Persie,” kata Parlour kepada Talksport.

“Mereka mengadakan perbincangan mengenai kontrak baru tetapi dia menolak.”

“Semakin lama situasi ini berlarutan, semakin lama ejennya akan cuba untuk mengadakan perbincangan dengan kelab lain untuk mendapat duit yang banyak. Jika situasi ini berterusan,, dia semakin menghampiri pintu keluar (Emirates),” kata bekas pemain tengah Arsenal itu lagi.

Terdahulu, Arsenal melepaskan ramai pemain-pemain yang tidak mahu menandatangani kontrak bersama Arsenal. Namun, Arsene Wenger berusaha untuk mengekalkan Walcott untuk tempoh yang lebih lama di Arsenal.

Permintaan gaji baru dilaporkan bernilai £90,000 seminggu oleh Walcott menyebabkan perbincangan itu gagal. Malah, kelab-kelab lain mula mengintai aksi Walcott dan bersedia menawarkan bayaran yang lumayan untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply