[PERPINDAHAN] NICKLAS BENDTNER MAHU TERUS KEKAL DI TURIN

Penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner yang dipinjamkan ke Juventus sehingga ke penghujung musim ini terus dihimpit kontroversi apabila mengkritik pengurusan Arsenal yang tidak melayannya dengan baik seperti kelab gergasi Itali itu. Meskipun belum mendapat peluang beraksi namun Bendtner percaya dia mampu menyerlah bersama juara Seria A musim lalu dan mahu terus kekal di Turin untuk membuktikan keupayaannya daripada kembali ke Arsenal.

Penyerang antarabangsan Denmark berusia 24 tahun itu menyertai Arsenal dari kelab Denmark yang berpangkalan di Copenhagen, KjĂžbenhavns Boldklub pada musim 2004. Walaupun sering diketepikan dalam skuad utama Arsenal serta banyak menghabiskan masa selaku pemain pinjaman, namun Bendtner telah menjaringkan 45 gol daripada 157 penampilan setakat ini.

“Saya tidak kesal memilih Juventus, ia satu perpindahan yang mudah dan semua orang di sini mengalu-alukan kehadiran saya,” kata Bendtner kepada Tuttosport.

“Saya sangat gembira di Turin, sebuah bandar yang hebat.”

“Saya berharap untuk kekal di sini selepas tempoh pinjaman berakhir tetapi saya harus membuktikan kemampuan diri saya dan saya perlu turun bermain.”

Sebelum ini, Nicklas Bendtner sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk tidak bermain bersama Arsenal lagi. Kehadiran dua penyerang baru, Olivier Giroud dan Lukas Podolski pada jendela perpindahan musim panas lalu menyaksikan peluang untuk penyerang kelahiran Denmark berusia 24 tahun ini beraksi di Emirates semakin tertutup.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply