[PERPINDAHAN] MAX CLAYTON BAKAL MENJADI MILIK ARSENAL

Arsenal dilaporkan telah bersetuju dengan kelab Liga 1, Crewe Alexandra untuk menandatangani penyerang berusia 18 tahun, Max Clayton. Pemain remaja yang menjadi perhatian kelab-kelab utama Inggeris adalah antara prospek muda terbaik dan merupakan sebahagian daripada skuad England dalam Piala Dunia Bawah 17 pada musim panas lalu.

Sebelum ini, Arsene Wenger telah membawa beberapa pemain-pemain muda daripada liga bawahan yang berjaya memberi impak besar dalam skuad Arsenal seperti Aaron Ramsey, Theo Walcott dan Alex Oxlade-Chamberlain selepas berhijrah ke kelab utara London ini.

Pemain kelahiran Crewe ini telah beraksi sebanyak 46 kali bersama skuad senior dengan menjaringkan 4 gol musim ini.

Max Clayton seringkali diturunkan selaku penyerang ortodoks namun turut memiliki kemampuan beraksi dengan efektif apabila diberi peranan luas membantu penyerang utama Crewe, Steve Davis musim lalu. Arsene Wenger sememangnya terkenal dengan kemampuan mengilap bakat-bakat muda menjadi pemain bintang ternama di peringkat yang lebih tinggi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply