[PERPINDAHAN] JOHAN DJOUROU MAHU TERUS KEKAL DI ARSENAL

Johan Djourou akan terus kekal di Arsenal demikian tegas agennya, Flavio Ferraria ekoran khabar angin yang mengaitkan perpindahan pertahanan tengah Switzerland ke AS Roma. Meskipun bergelut mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal, namun pemain berusia 25 tahun tahun tetap positif dengan masa depannya di Arsenal. Johan Djourou menyertai The Gunners pada 2002 daripada kelab Switzerland, Etoile Carouge.

Agen Djourou, Flavio Ferraria mengakui pertahanan tengah Arsenal itu telah menolak tawaran £8.1 juta dari kelab Serie A tetapi mendakwa kelab tersebut bukannya AS Roma seperti yang digembar-gemburkan oleh media-media massa.

“Tiada sebarang hubungan dengan Roma pastinya dan saya tidak tahu dari mana khabar angin ini datang,” kata Ferraria kepada calciomercato.it.com.

“Saya berjumpa dengan Johan (Djourou) baru-baru ini dan dia tidak bercakap mengenai Roma kerana tidak ada apa-apa yang perlu diperkatakan.”

“Tidak ada kemungkinan sebenar bahawa dia akan meninggalkan Arsenal kerana dia masih lagi memiliki kontrak sehingga 2015. Walau bagaimanapun, kami akan menilai perkembangan ini pada Januari nanti.”

“Sudah tentu dia mahu untuk bermain di Itali kerana kami pernah berbincang beberapa kali sebelum ini tetapi dia tidak memfokuskan kepada mana-mana kelab.”

“Saya rasa dia mampu melakukan yang baik di Roma kerana dia masih muda dan versetail kerana ini sangat penting bagi dia untuk terus bermain,” kata agen Djourou lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply