[PERPINDAHAN] INTER MILAN, NAPOLI PANTAU PERKEMBANGAN VITO MANNONE

Kelab gergasi Seria A, Inter Milan dan Napoli kini memantau perkembangan kontrak baru untuk penjaga gol muda Arsenal, Vito Mannone yang bakal tamat hujung musim ini. Meskipun berjaya menampilkan aksi cemerlang bersama skuad utama Arsenal musim ini, kelibatnya masih dibayangi oleh duo penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski.

Mannone menyertai The Gunners dari Atlanta pada 2005 dan telah mengharungi 7 musim di Emirates termasuk menghabiskan tempoh pinjaman bersama Barnsley dan Hull City. Kedudukan penjaga gol kelahiran Itali berusia 24 tahun itu masih belum selamat sekembalinya Wojciech Szczesny daripada kecederaan nanti.

Namun, Mannone mengakui dirinya gembira di Arsenal dan bersedia untuk bersaing merebut tempat dalam skuad utama Arsenal.

“Ketika saya sangat gembira di sini dan kekal fokus semasa latihan dan bermain dengan baik,” kata Mannone kepada arsenal.com baru-baru ini.

“Saya akan cuba untuk menjadi penjaga gol no.1 dan memenangi kejuaraan. Hanya itu keutamaan saya dan itu sangat jelas.”

“Pengurus memberi peluang kepada saya dan saya akan berusaha meningkatkan prestasi saya. Ini merupakan masa terbaik saya bersama Arsenal,” kata penjaga gol Itali berusia 24 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply