[PERPINDAHAN] BORDEAUX MAHU DAPATKAN CHAMAKH KEMBALI

Presiden Bordeaux, Jean Louis Triaud bersedia untuk membuka pintu menyambut kepulangan bekas penyerang mereka, Marouane Chamakh yang semakin disisihkan daripada skuad utama Arsenal. Penyerang antarabangsa Maghribi itu berdepan situasi tidak menentu ekoran dua penyerang baru di Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lalu, Lukas Podolski dan Olivier Giroud.

Marouane Chamakh menyertai Arsenal pada musim panas 2012 secara percuma dengan menjaringkan 11 gol dan menghasilkan 8 assist dalam 44 perlawanan pada musim pertama bersama Arsenal. Namun, prestasi konsisten yang dipamerkan oleh Robin van Persie menyaksikan Chamakh semakin sukar mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal

“(Marouane) Chamakh perlu kembali. Ini merupakan peluang terbaik buatnya. Dia sangat sesuai untuk kami tetapi dia memilih untuk menyertai Arsenal,” kata Jean Louis Triaud ketika ditemubual oleh Le Sport 10.

“Jika dia tidak gembira dan kami bersedia membuka perbincangan mengenai kepulanganya.”

“Pada Disember 2011, saya telah menghantar mesej untuk membawanya pulang (ke Bordeaux) tetapi Chamakh memilih untuk kekal. Kini, kami memberi mesej dengan matlamat yang sama.”

Kelab Perancis itu kini menduduki kedudukan ke-6 Ligue 1 dan tidak memiliki penyerang utama musim ini dengan menjadikan penyerang Arsenal itu sebagai sasaran untuk jendela perpindahan Januari nanti.

Jean Louis Triaud mengalu-alukan kepulangan Chamakh jika penyerang berusia 28 tahun itu bersedia menerima gaji kurang daripada £60,000 berbanding yang diterimanya di Arsenal.

“Wang merupakan kunci persoalan kerana Liga Perdana Inggeris menawarkan gaji yang besar. Tetapi yang paling penting, dia perlu bermain,” kata presiden Bordeaux itu lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply