[PERPINDAHAN] ADRIAN LOPEZ CALON GANTI THEO WALCOTT

Adrian-Lopez-Atletico-Madrid-vs-BesiktasArsenal memantau perkembangan pemain muda Sepanyol, Adrian Lopez. The Gunners dikhabarkan bersedia untuk mendapatkan penyerang Atletico Madrid, selepas menyaksikan persembahan cemerlang pemain-pemain Sepanyol di Stadium Emirates, Santi Cazorla dan Mikel Arteta. Pemain berusia 24 tahun itu menjadi pilihan mewakili negaranya sejak berusia 16 tahun lagi.

Perpindahan Lopez dari Deportivo La Coruna pada Julai 2011 berjaya menyerlahkan bakat dan kemampuanya lagi. Pemain kelahiran Teverga, Sepanyol ini menjaringkan 19 gol daripada 55 perlawanan musim lalu dan menjadi nadi di belakang kecemerlangan penyerang prolifik Atletico Madrid, Radamel Falcao.

Adrian Lopez cemerlang membantu negaranya menjulang kejuaraan EURO B-21 pada 2011 di Denmark. Sehingga kini, penyerang Atletico Madrid itu sudah memiliki 2 cap antarabangsa di mana dia telah menjaringkan gol pertamanya pada debutnya bersama skuad senior menentang Serbia semasa aksi pemanas badan sebelum kejohanan EURO 2012 bermula.

Kecemerlangan di udara, rembatan deras dan kemampuan mengelecek yang baik menjadi senjata utama Adrian Lopez dalam merobek benteng lawan. Penyerang masa depan Sepanyol ini dilihat sebagai pilihan terbaik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Theo Walcott andai pemain sayap England itu mengambil keputusan untuk meninggalkan Arsenal Januari nanti. Namun, Arsenal perlu menyediakan dana sekurang-kurangnya bernilai £15 juta jika mahu mendapatkan khidmat Adrian Lopez.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply