[BULETIN] PERLAWANAN ANTARABANGSA – 12-16 OKT 2012

Saingan liga bola sepak di seluruh dunia bakal berehat sekali lagi bagi memberi laluan kepada aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 dan persahabatan antarabangsa di mana 15 pemain-pemain Arsenal bakal menjalankan tugasan bersama negara masing-masing. Namun, beberapa pemain termasuk Jack Wilshere, Keiran Gibbs, dan Bacary Sagna diketepikan kerana mengalami kecederaan.

Sementara itu, pertahanan Arsenal Laurent Koscielny yang mengalami kecederaan semasa sesi latihan bersama skuad kebangsaan Perancis selepas berlanggar dengan Frank Ribery dilaporkan tidak serius dan bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Jepun awal pagi nanti.

Sehingga kini, Koscielny memiliki 4 caps bersama Les Bleus dan bakal menjadi tonggak ekoran kecederaan menimpa Mamadou Sakho dan Mapou Yanga-Mbiwa.

JERMAN – Lukas Podolski dan Per Mertesacker
12 Oktober – Ireland vs Jerman
16 Oktober – Jerman vs Sweeden

ENGLAND – Theo Walcott dan Alex Oxlade-Chamberlain
12 Oktober – England vs San Marino
16 Oktober – Poland vs England

SEPANYOL – Santi Cazorla
12 Oktober – Belarus vs Sepanyol
16 Oktober – Sepanyol vs Perancis

PERANCIS – Olivier Giroud dan Laurent Koscielny
12 Oktober – Perancis vs Georgia
16 Oktober – Sepanyol vs Perancis

BELGIUM – Thomas Vermaelen
12 Oktober – Serbia vs Belgium
16 Oktober – Belgium vs Scotland

WALES – Aaron Ramsey
12 Oktober – Wales vs Scotland
16 Oktober – Croatia vs Wales

SWITZERLAND – Johan Djourou
12 Oktober – Switzerland vs Norway
16 Oktober – Iceland vs Switzerland

IVORY COAST – Gervinho
13 Oktober – Senegal vs Ivory Coast (kelayakan Piala Negara-Negara Afrika)

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply