[LA LIGA] BARCELONA DAN REAL MADRID BERKONGSI MATA

Barcelona berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini dalam saingan La Liga selepas diikat seri 2-2 oleh Real Madrid dalam pertembungan El Clásico di Nou Camp awal pagi semalam waktu Malaysia. Real Madrid pula terus hampa untuk merapatkan jurang dengan Barcelona yang kini selesa menduduki tahta La Liga dengan 19 mata sementara The Galaticos sekadar menduduki tempat kelima dengan 11 mata.

Pengurus Barca, Tito Vilanova menghadapi sedikit krisis di bahagian pertahanan ekoran kecederaan yang dialami Carlos Puyol dan Gerard Pique dan digantikan dengan Javier Mascherano dan Adriano. Sementara itu, pengendali Real Madrid Jose Mourinho melakukan 3 pertukaran di bahagian tengah dengan skuad yang menewaskan Ajax Arsterdam Khamis lalu dengan merehatkan Kaka, Michael Essien dan Jose Callejon digantikan dengan Sami Khedira, Mesut Ozil dan Di Maria.

Kedua-dua pasukan bermula garang dengan saling mengasak ke kubu lawan masing-masing sebaik sepak mula. Penyerang Madrid, Benzema nyaris membuka jaringan pada minit ke-12 namun percubaannya tidak menepati sasaran. Tandukan Sergio Ramos pada minit ke-19 pula sedikit tersasar. Barcelona turut menguji gawang Real Madrid namun percubaan Iniesta pada minit ke-21 sedikit melewati palang.

Penyerang prolifik The Galaticos, Cristiano Ronaldo akhirnya memecah kebuntuan apabila menyudahkan hantaran Benzema untuk Real Madrid mendahului 1-0 pada minit ke-23. Benzema hampir mengandakan kedudukan pada minit ke-25 apabila rembatannya sekadar mengegar palang manakala Di Maria gagal melakukan penyudah tetap susulan dari bola muntah hasil percubaan Benzema itu.

Lionel Messi berjaya memanfaatkan kesilapan pertahanan Real Madrid, Pepe yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan kotak penalti untuk gol penyamaan kelab Catalan itu pada minit ke-30. Cristiano Ronaldo sekali lagi nyaris menghukum kealpaan pada masa-masa kecederaan separuh masa pertama namun percubaannya gagal menemui sasaran untuk kedudukan kekal 1-1 menuju rehat.

Aksi panas kedua-dua berterusan sebaik separuh masa kedua dimulakan. Ronal sekali mengancam gawang Barca pada minit ke-55 namun rembatan berjaya dihalang oleh pertahanan The Catalan. Lionel Messi berjaya meletakan tuan rumah mendahului apabila menyempurnakan sepakan percuma kaki kiri yang cantik di hadapan kotak penalti menewaskan Iker Casillas pada minit ke-61.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Ronaldo sekali lagi berjaya menemui sentuhan gol pada minit ke-66 selepas menerima hantaran daripada Ozil. Messi sekali hampir menambah jaringan ketiga namun percubaan tidak menemui sasaran pada minit ke-69. Iniesta pula terus hampa apabila gagal menyempurnakan peluang pada minit ke-73. Javier Mascherano nyaris menjaringkan gol sendiri pada minit ke-86 susulan hantaran lintang pemain gantian, Gonzalo Higuain.

Bek kanan Barca, Montoya hampir memberikan gol kemenangan pada minit ke-89 namun palang menjadi penghalang manakala percubaan Pedro Rodriguez pada masa-masa kecederaan sedikit tersasar. Kedudukan 2-2 ini kekal hingga wisel penamat dibunyikan. Keputusan ini menyaksikan Barca terus gah mendahului liga dengan 19 mata, 8 mata membezakan dengan Real Madrid di kedudukan kelima La Liga selepas 7 perlawanan.

This entry was posted in La Liga and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply