[KOMENTAR] WENGER LEBIH BAIK BERBANDING GUARDIOLA – HLEB

Aliaksandr Hleb telah memuji pengurus Arsenal sambil menegaskan kejayaan bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola adalah disebabkan kerana dia mempunyai sebuah pasukan yang hebat kepada pesaing beliau dan bukan bakat sendiri. Pemain tengah BATE Borisov mengakui dia lebih banyak belajar daripada Arsene Wenger berbanding dengan Pep Guardiola.

Pemain antarabangsa Belarus itu telah beraksi 90 minit ketika membantu kelabnya mencipta kejutan menewaskan Bayern Munich 3-1 dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah. Hleb, 31, mengharungi 3 musim bersama Arsenal sebelum berhijrah ke Barcelona selama 4 tahun.

“Saya banyak belajar daripada (Arsene) Wenger berbanding Guardiola, tetapi Pep seorang jurulatih yang bagus,” kata pemain tengah berusia 31 tahun itu kepada Esports en Xarxa.

“Guardiola bukan jurulatih terbaik di dunia kerana dia membimbing pasukan terbaik di dunia dengan pemain-pemain terbaik dan kerana mereka memenangi (kejuaraan).”

“Tidak sukar untuk memenangi kejuaraan dengan pasukan seperti ini dan (Tito) Vilanova mampu mengulangi pencapaian hebat itu.”

“Pengurus bola sepak terbaik di dunia adalah (Arsene) Wenger, (Sir Alex) Ferguson dan (Jose) Mourinho.”

Aliaksandr Hleb mengakui kekecewaan ketika bersama Barcelona lantaran gagal mendapat beluang untuk beraksi bersama kelab Catalan itu. Selepas mengharungi karier tidak menentu bersama Barcelona, Helb akhirnya meninggalkan kelab Catalan pada jendela perpindahan Januari lalu.

“Saya sangat terujua dan mahu bermain lebih banyak tetapi Barca memiliki pemain-pemain yang hebat.”

“Saya sangat marah dan kecewa di mana ini mewujudkan konflik saya dengan Guardiola,” kata Hleb lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply