[KOMENTAR] THOMAS VERMAELEN IMPIKAN AKSI DI PIALA DUNIA

Kapten Arsenal, Thomas Vermaelen tidak dapat menyembunyikan impiannya untuk beraksi di pentas akhir Piala Dunia 2014 dan mengakui negaranya berada di prestasi terbaik dalam pusingan kelayakan dari kumpulan A. Dengan memiliki skuad terbaik ketika ini, impian Vermaelen itu bakal menjadi realiti untuk melihat Belgium kembali ke pentas Piala Dunia 2014 di Brazil nanti.

Kelibat pemain-pemain utama seperti Eden Hazard, Thomas Vermealen, Vincent Kompany, Marouane Fellani, Mousa Dembele, Jan Vertonghen, Kevin Mirallas dan ramai lagi dilihat mampu mengikuti jejak langkah skuad kebangsaan Belgium yang berjaya menduduki tempat ke-4 di Piala Dunia Mexico 1986.

“Ia akan menjadi impian dan satu penghormatan untuk beraksi di Piala Dunia 2014 tetapi masih banyak yang perlu kami lakukan sebelum memikirkan tentangnya,” kata Vermaelen kepada laman web rasmi Arsenal.

“Saya tidak pernah beraksi dalam pentas kejohanan utama, begitu juga dengan rakan-rakan dalam pasukan (Belgium). Kami semakin dihimpit usia, sekarang adalah masa terbaik untuk melakukannya dan kami masih memiliki peluang. Saya rasa sekarang adalah masa yang paling sesuai.”

Belgium kini mengungguli kumpulan A bersama Croatia dengan 7 mata diikuti Serbia, Wales, Scotland dan Macedonia. Skuad bimbingan Marc Wilmots ini berjaya menewaskan Wales 2-0 sebelum diikat seri 1-1 dengan Croatia.

Semalam, Belgium terus melakar kemenangan bergaya ke atas Serbia 3-0 sekaligus mencerahkan impian layak ke Piala Dunia 2014.

“Ketika ini semua pemain sangat positif beraksi bersama skuad kebangsaan terutama pemain-pemain yang beraksi di England yang merupakan liga bola sepak terbaik di dunia.”

“Kami berharap dapat melayakkan diri ke Piala Dunia tetapi ia bukannya mudah. Kami perlu berjuang untuk mendapatkan 3 mata kerana persaingan di pentas antarabangsa sanga hebat,” kata pertahanan Belgium berusia 26 tahun itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply