[KOMENTAR] RAYMOND VERHEIJEN PERTAHANKAN AARON RAMSEY

Raymond Verheijen mengkritik tindakan Chris Coleman melucutkan jawatan kapten skuad kebangsaan Wales daripada Aaron Ramsey. Bekas penolong pengurus Wales semasa dibimbing Gary Speed itu mengatakan keputusan tersebut adalah salah dan Aaron Ramsey adalah pilihan terbaik untuk mengalas tanggungjawap itu.

Verheijen disebut-sebut sebagai penganti kepada Gary Speed yang meninggal dunia sebelum dia mengambil keputusan meletakan jawatan ekoran perlantikan Chris Coleman sebagai pengurus skuad kebangsaan Wales yang baru.

“Sukar untuk dipercayai berita hari ini. Aaron Ramsey bukan lagi kapten skuad kebangsaan Wales,” komen Verheijen menerusi laman Twitter peribadinya.

“Aaron Ramsey merupakan kapten yang hebat sepanjang 2011. Dia mempamerkan kematangan luar biasa melampaui umurnya.”

Sepanjang menjadi kapten kapten, Aaron Ramsey berjaya membimbing Wales mencatatkan 5 kemenangan dan 7 kekalahan sejak Mac 2011.

Pemain berusia 21 tahun mencipta sejarah menjadi pemain termuda negaranya yang menjadi kapten skuad kebangsaan Wales ketika berusia 20 tahun 90 hari.

“Keputusan Gary (Speed) memilih Aaron (Ramsey) sebagai kapten kerana dia merupakan sebahagian daripada kunci kejayaan kami. Kini sebahagian daripada legasi itu dimusnahkan,” kata Verheijen lagi yang kini menjadi penolong pengurus skuad kebangsaan Armenia.

Sementara itu, Chris Coleman mempertahankan tindakannya mengantikan Aaron Ramsey dengan kapten Swansea, Ashley Williams sepanjang perlawanan kelayakan Piala Dunia selepas ini. Pemain pertahanan tengah berusia 28 tahun itu yang memiliki 36 cap antarabangsa bakal memulakan tugas dalam kelayakan Piala Dunia menentang Scotland 12 Oktober ini.

“Sebagai kapten skuad kebangsaan, semua orang mahukanya tetapi mampu mengalas tanggungjawap itu (dengan baik),” kata Chris Coleman.

“Saya tidak menafikan Aaron (Ramsey) akan menjadi kapten suatu hari nanti.”

“Tetapi ketika saya mengambil tanggungjawap ini dari Gary (Speed), saya memikirkan apa yang dilakukan oleh Gary berjalan lancar dan sedaya mungkin saya cuba mengekalkannya. Tetapi kini ia sudah tidak berkesan dan saya perlu melakukan perubahan di mana saya mampu melakukannya.”

“Ashley (Williams) bakal menjadi kapten (yang baik). Dia merupakan kapten semulajadi. Dia seorang pemain yang baik dan memiliki pengalaman yang luas,” kata pengurus Wales itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply