[KOMENTAR] PRESTASI PODOLSKI SEMAKIN MENINGKAT – JOACHIM LOW

Pengurus skuad kebangsaan Jerman, Joachim Low mengakui perpindahan Lukas Podolski ke Arsenal telah membantu meningkatkan prestasinya. Penyerang baru Arsenal berusia 27 tahun berjaya melakukan penampilan ke-100 bersama skuad kebangsaan Jerman dalam saingan EURO 2012 di Poland dan Ukraine Jun lalu.

Dengan kehadiran pemain-pemain muda berbakat seperti Andre Schurrle, Mario Gotze dan Marco Reus, kedudukan Podolski dalam kesebelasan utama Jerman semakin terancam namun dakwaan itu telah dinafikan oleh Joachim Low. Menurut pengurus Jerman itu, Podolski adalah seorang pemain yang diharapkan kepada terutamanya dalam perlawanan penting seperti menentang Republik Ireland.

“Saya hanya boleh memberikan kata-kata baik tentang Podolski walaupun tidak menurunkannya,” kata Joachim Low.

“Saya boleh bergantung kepadanya dalam perlawanan beberapa tahun ini. Ini menjadikan dirinya salah seorang pemain terbaik dalam pasukan kami.”

“Walaupun dia bermain dalam beberapa perlawanan, saya akan tetap menghargai kehadirannya.”

Lukas Podolski menyertai rakan sepasukannya dalam skuad Jerman, Per Mertesacker apabila melengkapkan perpindahan ke Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £10 juta dari kelab Bundesliga, Koln.

“Saya akui ini merupakan satu perpindahan yang baik untuk dirinya dan kini prestasinya semakin meningkat. Pengalaman beraksi bersama Arsenal sangat berguna buatnya.”

Sementara itu, Lukas Podolski mengakui dirinya tidak cerewet mengenai posisinya dalam skuad kebangsaan Jerman dan bersedia memberikan yang terbaik apabila diturunkan.

“Pengurus (Low) boleh membuat keputusan tentang tempat saya dalam pasukan, tidak kira jika saya akan bermain di kiri, kanan, depan atau sebagai pemain pertahanan,” kata Podolski.

“Ia tidak akan menghampakan saya jika saya bermain sebagai pemain gantian. Saya akan menerima cabaran untuk mendapat tempat dalam pasukan. Kami semua ingin melayakkan diri masuk ke Piala Dunia,” kata pemain berusia 27 tahun itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply