[KOMENTAR] MENGAPA PIYA MASIH GAGAL PIKAT K. RAJAGOPAL

Di sebalik prestasi mantap yang dipamerkan oleh Piya atau nama penuhnya Mohd Badhri Mohd Radzi apabila membantu Kelantan menjulang kejuaraan trebel musim ini namun belum mampu memikat hati pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagopal yang kini dalam fasa terakhir persiapan menghadapi saingan Piala AFF Suzuki yang bakal bermula pada 24 November hingga 22 Disember ini.

Dalam senarai 28 pemain yang akan menjalani latihan pusat dan sesi pemilihan bersama skuad kebangsaan menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki penghujung bulan, nama Badri Radzi sekali lagi tidak berada dalam senarai meskipun beraksi cemerlang sepanjang musim ini termasuk menghasilkan 3 assist ketika membantu Kelantan menewaskan ATM 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 21 Oktober lalu.

Dengan aksi gaya yang bersahaja di atas padang, pemain ini mampu mengucar-kacir kubu lawan dan mencipta gerakan-gerakan menarik untuk disempurnakan oleh jentera serangan Kelantan. Selain itu, Piya turut memiliki kemampuan melakukan sentuhan penyudah menerusi sepakan percuma selain menjadi nadi di bahagian tengah pasukan Kelantan.

Sehingga kini, Piya belum pernah menyarung jersi skuad kebangsaan di bawah kendali Datuk K. Rajagopal meskipun cemerlang mengemudi skuad Kelantan. Namun, kapten Kelantan ini hanya sekali dipanggil oleh Ong Kim Swee membarisi skuad Malaysia Selection menentang Chelsea FC Julai tahun lalu. Timpul pelbagai persoalan di benak peminat-peminat bola sepak tempatan mengenai keputusan ini.

Terdapat beberapa kemungkinan mengapa jurulatih skuad kebangsaan menyisihkan pemain tengah yang berpengaruh dalam Liga Malaysia ini. Faktor utama pastinya kerana K. Rajagopal sudah memiliki Safiq Rahim untuk bertindak bahagian central midfielder atau attacking midfielder sama seperti peranan yang dimainkan oleh Badri Radzi bersama pasukan Kelantan.

Hasrat untuk melihat Safiq Rahim dan Badri Radzi bergandingan bersama di bahagian tengah tampak mustahil dan K. Rajagopal perlu merombak taktikal jika mahu menggunakan khidmat kedua-dua pemain ini. Salah seorang dari mereka pelu diletakkan di bahagian sayap atau di bahagian defensive midfielder.

Kelibat ramain pemain-pemain sayap seperti Khyrill Muhymeen, S. Kunalan, Azamuddin Akil, Badrol Bakhtiar, Zaquan Adha dan Wan Zack Haikal serta pemain defensive midfielder seperti Gary Steven Robart, Shakir Shaari dan Amar Rohaidan pastinya sukar untuk K. Rajagopal menyenaraikan Badri Radzi dalam skuadnya.

Selain itu, faktor usia mungkin menjadi faktor mengapa K. Rajagopal tidak menyenaraikan kapten Kelantan itu. Piya yang kini berusia 30 tahun dan masih mampu beraksi cemerlang ketika perlawanan akhir Piala Malaysia lalu yang berlarutan ke masa tambahan. Namun, situasi Piala AFF Suzuki pastinya berbeza dengan jadula perlawanan yang padat dan corak pemainan yang fizikal pastinya akan membatasi pergerakan Badri Radzi nanti.

Antara faktor lain mungkin kerana Badri Radzi sukar untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan Malaysia yang mengabungkan pemain-pemain terbaik dari pasukan negeri dan kelab selain pernah menolak panggilan K. Rajagopal kerana belum bersedia menyarung jersi skuad kebangsaan ketika itu. Yang pastinya, hanya Datuk K. Rajagopal sahaja yang tahu jawapannya.

Badri Radzi atau lebih mesra dipanggil Piya dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 2 Jun 1982 dan memulakan kariernya bersama pasukan Milo Kelantan ketika berumur 20 tahun sebelum dipanggil menyertai pasukan Liga Simpanan pada tahun 2003 dibawah bimbingan jurulatih, Anizan Daud. Pada tahun 2005, Piya menyertai pasukan TNB Kelantan selama semusim sebelum menyarung jersi JPS Kelantan pada tahun 2006. Ketika bersama JPS Kelantan, Piya telah berjaya membantu pasukan itu menjuarai Liga FAM sekali gus layak ke Liga Perdana.

Permainan Piya bersama pasukan JPS Kelantan telah menarik minat pasukan PDRM yang menagih khidmat beliau. Pada tahun 2007, beliau telah menyarung jersi pasukan PDRM dan berjaya membantu pasukan itu muncul juara Liga Perdana. Selepas beberapa tahun berkelana di negeri orang, akhirnya Piya telah dipanggil pulang ke negeri kelahirannya pada tahun 2008 untuk menyarung jersi merah putih.

Ketika itu, beliau bermain di bawah bimbingan jurulatih Norizan Bakar dan ketua pasukan ketika itu ialah Khairul Anuar Ramli. Pada tahun itu juga, Piya dan rakan sepasukan berjaya membawa Kelantan ke saingan Liga Super musim 2009. Presiden Tan Sri Annnuar Musa telah membawa jurulatih, Peter James Butler dan beberapa pemain baru seperti Indra Putra, Khalid Jamlus dan Norfarhan untuk memantapkan lagi pasukan bagi musim 2009. Dan ketika itu jugalah Badri Radzi mula mengalas tugas sebagai kapten pasukan Kelantan.Namun, Mohd Badri Radzi tetap tenang dan mengakui situasi ini tidak menjejas karier bola sepaknya bersama Kelantan meskipun tidak mendapat panggilan beraksi bersama skuad kebangsaan. Piya mengakui dirinya terharu dan berterima kasih dengan suara-suara peminat yang mahu dirinya beraksi bersama skuad kebangsaan tetapi dia masih menghormati keputusan Datuk K. Rajagopal.

Apa-apapun Selamat Maju Jaya buat skuad kebangsaan yang akan mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012. =)

Incoming search terms:

  • badri radzi piya
  • rajagopal piya
  • piya kelantan
  • badhri radzi
  • kenapa rajagopal tidak pilih piya
  • SKUAD MALAYSIA AFF SUZUKI 2012
  • piya vs safiq rahim
  • piya malaysia
  • apa kata rajagopal
  • badhri radzi piya
This entry was posted in Komentar and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply