[KOMENTAR] PERANCIS PERLU GUNA TAKTIKAL ARSENAL LAWAN SEPANYOL – KOSCIELNY

Laurent Koscielny, 27, mencadangkan agar pengurus Perancis, Didier Deschamps mempertimbangkan menerapkan taktikal yang digunakan oleh Arsenal ketika menentang Barcelona dua musim lalu untuk menghadapi Sepanyol dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 awal pagi Rabu nanti waktu Malaysia. Pertahanan tengah Perancis itu beraksi cemerlang Jumaat lalu ketika Les Bleus tewas 0-1 kepada Jepun di Stade de France.

Meskipun dihimpit kecederaan semasa sesi latihan minggu lalu selepas berlanggar dengan rakan sepelatih Frank Ribery, namun Koscielny sempat pulih untuk turun menentang Jepun dan bakal sekali lagi diturunkan menentang Sepanyol nanti.

“Hanya ada dua penyelesaian, bermain secara perlahan atau menekan lawan habis-habisan,” kata Koscielny baru-baru ini.

“Kami perlu banyak berlari dan mempunyai fizikal yang diperlukan untuk perlawanan ini.”

“Kami melakukannya di Arsenal ketika menentang Barcelona dan berjaya. Ini mungkin satu penyelesaian terbaik bagi kami.”

Arsenal berjaya memberi tentangan sengit dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah 2010/11 apabila menewaskan Barcelona 2-1 di Emirates pada perlawanan pertama dan berjaya mengekang asakan Barcelona sebelum layangan kad merah kepada penyerang prolifik Arsenal pada minit ke-55 merentap semangat melawan The Gunners sekaligus tumpas 1-3 di Nou Camp.

Dalam saingan EURO 2012 lalu, Perancis terpaksa akur dengan juara dunia itu 0-2 menerusi dua gol Xabi Alonso pada perlawanan suku akhir di Donbass Arena, Donesk pada 23 Jun lalu. Meskipun Deschamps belum mengenal pastikan taktikal yang sesuai untuk perlawanan menentang La Roja nanti, namun cadangan Koscielny itu ada asasnya dan merupakan antara penyelesaian terbaik untuk perlawanan awal pagi Rabu nanti waktu Malaysia.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply