[KOMENTAR] PEP GUARDIOLA SESUAI UNTUK ARSENAL – MARQUEZ

Rafael Marquez mengakui bahawa bekas pengurusnya itu sangat sesuai jika meneruskan kariernya bersama Arsenal. Bekas pertahanan Barcelona berusia 33 tahun dilepaskan kelab Catalan itu pada 31 Julai 2010 selepas 7 musim. Kini, Rafael Marquez meneruskan kariernya dalam saingan Major Soccer League (MLS) bersama kelab New York Red Bulls.

Pep Guardiola berundur penghujung musim lalu selepas cemerlang membimbing kelab Catalan itu merangkul 3 kejuaraan La Liga, 2 kejuaraan Copa del Rey, 3 Piala Super Sepanyol, 2 kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, 2 Piala Super Eropah dan 2 Piala Kelab-Kelab Dunia FIFA sepanang 4 musim bersama Barcelona.

Pengurus berusia 41 tahun itu diintai oleh kelab-kelab elit Eropah namun belum ada kata putus dibuat oleh Pep Guardiola. Lantaran itu, Marquez mengakui Arsenal merupakan destinasi terbaik untuk Pep Guardiola meneruskan kariernya selaku pengurus bola sepak.

“(Pep) Guardiola akan segera kembali. Saya rasa dia akan ke England. Dan pastinya Arsenal merupakan kelab paling sesuai,” kata Marquez kepada Cadena SER.

“Saya belum berpeluang untuk berjumpa dengan Pep (Guardiola) di New York. Kami beberapa kali bertemu dan berusaha untuk membawanya ke sini (MLS).”

Dalam masa yang sama, terdapat khabar angin bahawa Manchester United turut berminat untuk mendapatkan khidmat Guardiola bagi mengantikan Alex Ferguson yang mahu bersara.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply