[KOMENTAR] GANDINGAN ROONEY-VAN PERSIE BAKAL MENYENGAT

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berharap agar gandingan penyerangnya, Wayne Rooney dan Robin van Persie akan terus meledak lebih banyak gol sekaligus membantu menyumbang kejayaan kepada Red Devil musim ini. Terdahulu, skuad bimbingan Alex Ferguson berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas CFR Cluj dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah kelmarin.

Ferguson mengakui terkejut dengan jaringan pembukaan tuan rumah namun dua gol daripada Robin van Persie berjaya memberikan 3 mata berharga buat United. Ferguson turut memuji kerja keras yang ditunjukan oleh anak-anak buahnya.

“Saya rasa terdapat banyak kombinasi hebat antara penyerang dalam sebuah pasukan ini,” kata Ferguson ketika ditemubual oleh ITV1.

“Kekuatan skuad ini pastinya pada bahagian serangan kami. Jika anda melihat prestasi mereka hingga ke akhir perlawanan, anda akan tahu bahawa mereka mampu memberi hantaran yang tepat.”

“Saya amat gembira bahawa kami dapat menguasai perlawanan malam ini (Selasa). Selain dari jaringan gol yang telah kami dapat, saya juga rasa kami telah mempertahan dengan baik. David (De Gea) telah menjaga gawang dengan baik pada akhir perlawanan.”

“Bermain di sini bukan sesuatu yang mudah dan seperti apa yang dikatakan sebelum perlawanan ini, pasukan tuan mempunyai rekod baik bermain di padang sendiri,” kata pegendali United berusia 70 tahun itu.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply