[KOMENTAR] DEL BOSQUE GEMBIRA DENGAN PERKEMBANGAN CAZORLA

Pengendali skuad kebangsaan Sepanyol, Vicente del Bosque mengakui Santi Cazorla berjaya melakukan kemajuan besar sejak berpindah ke Arsenal pada pertengahan Ogos lalu. Playmaker berusia 27 tahun menampilkan aksi cemerlang bersama The Gunners dengan menjaringkan 2 gol dan menghasilkan 4 assist dalam 9 penampilan setakat ini.

Del Bosque percaya perpindahan Santi Cazorla keluar dari Sepanyol bakal memberi manfaat yang sama seperti dilakukan oleh bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas.

“Sama seperti Fabregas, beberapa pemain (Sepanyol) yang bermain di laur negara menunjukkan peningkatan yang sangat memberansangkan,” kata Del Bosque kepada L’Equipe baru-baru ini.

“Ia akan membuatkan mereka semakin meningkat termasuk dari segi intelektual kerana belajar banyak bahasa dan menyesuaikan diri dengan budaya baru termasuk permainan bola sepak.”

“Sebagai contoh, saya gembira dengan perkembangan Cazorla yang meninggalkan (Sepanyol) dan bermain di bawah kendalian Arsene Wenger di Arsenal. Dia akan menjadi pemain bola sepak yang lebih baik dan lebih sempurna,”kata pengendali Sepanyol itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply