[KOMENTAR] MOHD AZRAAI KHOR ABDULLAH – WENGER MALAYSIA

Mungkin nama Mohd Azraai Khor Abdullah terlalu kerdil jika dibandingkan dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger. Namun, kedua-dua jurulatih ini memiliki citra yang sama dalam memberi peluang kepada bakat-bakat muda sekaligus menyemarakan lagi pembangunan bola sepak negara. Penghijrahannya ke Perak sekali lagi membuktikan bahawa Azraai Khor sememangnya lebih menyenangi pendekatan yang mengabungkan gandingan pemain muda dan berpengalaman seperti yang dilakukan oleh Wenger bersama Arsenal.

Jurulatih berusia 59 tahun itu telah memeterai perjanjian selama 2 tahun bersama pasukan Perak selepas mengambil keputusan tidak menyambung kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS). Musim lalu, Azraai berjaya membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia dan akan memulakan tugasnya di Ipoh pada 1 Disember apabila kontraknya dengan Negeri Sembilan tamat pada 30 November depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengesahkan perlantikan Azraai mengantikan jurulatih dari Korea Selatan, Jang Jung yang tidak disambung kontrak.

Selain itu, Datuk Zainol turut mengumumkan bahawa Majlis Eksekutif Pafa bersetuju mengekalkan penolong jurulatih, Choong Yee Fat dan melantik Syamsol Saad sebagai pembantu Azraai Khor.

“Jurulatih yang berasal dari Alor Setar itu sudah menerima tawaran tersebut,” jelas Datuk Zainol Fadzi selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pertama Pafa di pejabat persatuan itu malam kelmarin.

“Kehadiran Azraai di sini agak lewat kerana dia perlu menghabiskan kontraknya dengan Negeri Sembilan sehingga akhir November ini. Azraai akan bertanggungjawab secara tidak langsung terhadap perjalanan pasukan lain iaitu Piala Presiden dan Belia.”

“Jurulatih Piala Belia, Syamsol Saad dinaikkan pangkat menjadi penolong jurulatih kepada Azraai,” kata presiden Pafa itu lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden, Khairul Azwan Harun dilantik semula sebagai pengurus pasukan Liga Super manakala Isham Shahruddin selaku penolong pengurus. Rizal Ali Naizali dilantik pengurus Piala Presiden manakala Zainal Anuar Abdul Rashid pengurus pasukan Belia.

VISI DAN MISI AZRAAI DALAM MEMBANGUNKAN BAKAT MUDA

Azrai Khor Abdullah menyatakan rasa gembira dan teruja untuk menerajui pasukan Perak bagi menghadapi saingan musim hadapan demi mengembalikan kegemilangan skuad Seladang. Jurulatih berusia 59 tahun ini bakal meneruskan falsafahnya dalam bola sepak dengan mengandingkan bakal muda dengan pemain-pemain berpengalaman bagi membentuk skuad yang mantap.

“Setelah berjumpa dengan pengurusan Perak semalam, saya tertarik dengan idea mereka untuk mengembangkan pasukan pelapis dan berdasarkan rekod saya, saya amat teruja untuk mengendalikan pemain Perak dengan ideologi baru ini,” kata Azraai ketika diumumkan selaku jurulatih pasukan Perak yang baru.

“Secara kebetulan, Perak adalah juara Piala Presiden (bawah 21 tahun) dan juara Piala Belia 2012(bawah 19 tahun) serta mereka juga merupakan finalis Sukma 2012. Mereka mempunyai pasukan pelapis muda yang amat berbakat.”

“Saya telah cadangkan agar kami mengekalkan struktur seperti semasa di Kedah apabila kami mencungkil bakat pemain yang cemerlang seperti Khyril Muhymeen, Badrol Bahktiar dan Sabre Mat Abu.”

“Barisan muda mereka begitu kemas dan saya yakin akan potensi mereka. Saya ingin membina falsafah yang baru dan berusaha ke arah yang lebih cemerlang dengan Perak.”

Namun, pengurus kelahiran Alor Setar itu tidak dapat menyembunyikan rasa sedih apabila meninggalkan Negeri Sembilan.

Jurulatih yang terkenal dengan baju merah jambu merupakan antara pengurus terkenal di Malaysia apabila berjaya membimbing Kedah meraih kejuaraan double treble selain membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim lalu.

“Saya tidak boleh melupakan Negeri Sembilan. Saya memang rapat dengan para peminat. Satu-satunya ideologi saya adalah jurulatih tidak bermakna tanpa pemain dan pasukan tidak bermakna tanpa penyokong setia.”

“Hubungan saya yang erat dengan para peminat amat bermakna kepada saya. Saya bernasib baik dapat berdamping dengan para penyokong Negeri Sembilan. Saya memang tersentuh. Ada juga peminat yang hubungi saya sambil menangis. Saya amat terharu.” katanya dengan penuh emosi.”

“Saya memang banyak memori dengan mereka. Saya masih ingat, hari pertama saya melaporkan diri ke Seremban. Saya telah dijemput oleh pihak Ultras dan diundang dalam kereta. Mereka telah menyambung meja dan menyambut saya dengan sorakan dan laungan mereka.”

“Tetapi pada masa yang sama, saya perlu mencari pengalaman baru, idea baru. Sebagai jurulatih ia adalah satu kebiasaan,” Azraai Khor menambah.

“Perak sedang merancang untuk mendapatkan pemain baru. Saya kagum dengan sikap positif mereka. Perbincangan saya dengan pengurusan baru telah berjalan dengan lancar dan saya teruja dengan cadangan mereka.”

“Saya memang tidak akan setuju jika saya tidak dapat melaksanakan syarat-syarat saya, tetapi mereka telah menyokong saya sebulat suara demi kemajuan dengan penuh harapan.”

“Musim baru ini akan membawa logo Pafa (Persatuan Bola Sepak Perak) baru, arah baru dan jurulatih baru yang ingin berganding bahu dengan para peminat. Ini memang aspek yang penting dalam hidup saya, dan juga untuk sukan bola sepak.”

“Dalam perbincangan saya, Datuk Presiden telah juga menyokong pendekatan saya dan telah menyatakan bahawa beliau juga fikir sehaluan,” jelasnya lagi.

Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dijangka membelanjakan sebanyak RM4.5 juta untuk persediaan dan perbelanjaan skuad Seladang dalam Liga Super musim 2013 depan dengan turut menandatangani beberapa pemain luar setakat ini antaranya Abdul Hadi Yahya (Terengganu), Mohd Farizal Marlias (Negeri Sembilan), S.Chanturu (Kelantan), Yong Kuong Yong (FELDA United), V.Thirumurugan (Kedah) dan Mohd Khairi Kiman (Johor FC).

Incoming search terms:

  • pemain perak 2013
  • barisan pemain perak 2013
  • pemain baru perak 2013
  • pencarian bakat baru bola sepak 2013
  • azraai khor menangis
This entry was posted in Komentar and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply