[KOMENTAR] AARON RAMSEY ANCAMAN UTAMA BAGI KAMI – CALDWELL

Aaron Ramsey terus menjadi tumpuan meskipun baru dilucutkan jawatan selaku kapten Wales. Menjelang pertemuan Wales menentang Scotland di Cardiff dalam kelayakan Piala Dunia 2014 Jumaat ini, kedua-dua pasukan dilihat terdesak mencari kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan sekaligus mencerahkan peluang layak ke pusingan akhir di Brazil nanti.

Selepas dua perlawanan, Wales masih gagal memperolehi sebarang mata sementara Scotland pula berjaya memungut 2 mata. Pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan menyaksikan Wales mudah menunduk Scotland 3-0 di Cardiff di mana pertahanan Scotland, Gary Caldwell masih belum dapat melupakan kekalahan tersebut. Pertahanan Scotland itu memuji persembahan luar biasa yang dipamerkan oleh pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey.

“Saya bermain dalam perlawanan itu tetapi tidak dapat melupakan dari ingatan saya. Saya tidak tahu apa yang berlaku hari itu,” kata Gary Caldwell.

“Ramsey, saya masih ingat dia sangat luar biasa. Dia berlari hampir keseluruhan permainan dan memberi banyak masalah kepada kami.”

“Dia pastinya salah satu daripada dua tiga pemain bertaraf dunia dalam pasukan mereka (Wales).

“Jika kami tidak mengatasinya ia akan memberi masalah kepada kami. Tetapi saya percaya kami boleh pergi ke sana dan menang,” kata pertahanan berusia 30 tahun itu lagi.

Aaron Ramsey kembali membentuk gandingan bersama pemain tengah Spurs, Gareth Bale bagi menbantu kemenangan Wales menentang Scotland nanti. Scott Sinclair juga bakal kembali setelah diketepikan dalam dua perlawanan terdahulu menentang Serbia dan Macedonia bulan lalu.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply