[KECEDERAAN] LAURENT KOSCIELNY MENGALAMI KECEDERAAN LUTUT

France Football Federation (FFF) melaporkan bahawa Laurent Koscielny mengalami kecederaan lutut kanan selepas perlanggaran dengan pemain tengah Bayern Munich, Frank Ribery semasa sesi latihan skuad kebangsaan Perancis di Clairefontaine-en-Yvelines semalam. Kecederaan tersebut tampak serius apabila Koscielny terpaksa dipapah keluar dari padang latihan oleh staf kejurulatihan skuad kebangsaan Perancis.

Berdasarkan sumber dari twitter seorang wartawan, Julien Laurent : “Berita buruk untuk Arsenal. Koscielny terpaksa meninggalkan sesi latihan kerana kecederaan lutut. Ia keihatan serius. Dia terpaksa dipapah keluar dari padang latihan.”

Sementara itu belum ada laporan rasmi mengenai tahap kecederaan yang dialami oleh Koscielny oleh FFF. Sesi latihan ini sebagai persediaan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Jepun pada 12 Oktober ini di Stade de France sebelum bertandang ke Vicente Calderon bagi perlawanan penting kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Sepanyol pada 16 Oktober nanti. – Sumber : AFP

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply