[KECEDERAAN] KIERAN GIBBS TIDAK BERSAMA SKUAD KEBANGSAAN ENGLAND

Arsene Wenger mengumumkan bahawa bek kiri Arsenal, Kieran Gibbs mengalami kecederaan paha dan dikeluarkan pada minit ke-56 dalam perlawanan menentang West Ham United Sabtu lalu. Kecederaan itu menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu bakal terlepas aksi Kelayakan Piala Dunia minggu depan menentang San Marino dan Poland bersama skuad kebangsaan England di bawah kendalian Roy Hodgson.

Menurut Tweet daripada satf perubatan Arsenal memaklumkan kecederaan Gibbs tidak serius namun terpaksa berehat dua minggu sebelum dijangka kembali dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Norwich City di Carrow Road pada 23 Oktober nanti. Sementara itu, Andre Santos mengisi kekosongan yang ditinggalnya dalam skuad Arsenal namun tidak memiliki kemampuan yang bertahan yang baik berbanding Gibbs.

Musim ini, pemain berusia 23 tahun ini berjaya mempamerkan persembahan mantap bersama Arsenal dan menjadi pencabar utama kepada Ashley Cole bagi posisi bek kiri dalam skuad kebangsaan England. Kedudukan Gibbs dalam skuad England diambil alih oleh pemain muda Chelsea, Ryan Bertrand.

Kepulangan Kieran Gibbs sangat ditagih terutama selepas perlawanan menentang Norwich City dan Queens Park Rangers yang bakal bertandang ke Old Trafford menentang Manchester United 3 November nanti.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply