[HOKI] PAUL REVINGTON MULA BUAT KEJUTAN

paul-revington-world-best-coach-2011Pengendali baru skuad hoki kebangsaan, Paul Revington melakukan kejutan apabila memanggil semula 6 bekas pemain negara yang diketepikan oleh jurulatih sebelum ini, Stephen van Huizen dan Tai Beng Hai ekoran masalah disiplin. Chua Boon Huat, Ismail Abu, Mohd Sallehin Abdul Ghani, Muhammad Amerullah serta pasangan adik-beradik Jivan dan Jiwa Mohan disenaraikan antara 30 pemain yang bakal menjalani latihan bersama skuad negara.

Tindakan ini jelas membukti profesional dan ketegasan yang dipamerkan oleh Revington meskipun pemain-pemain itu digugurkan atas masalah disiplin namun jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu lebih menilai berdasarkan prestasi semasa dan bukannya rekod lampau.

“Saya menilai mereka berdasarkan saingan liga tanpa prejudis. Mereka adalah 30 yang terbaik di Malaysia bersama 8 pemain simpanan,” kata Paul Revington.

“Saya tidak mahu membuka dan melihat semula sejarah yang sudah berlalu. Apa yang sudah berlaku itu sudahlah, tidak perlu diungkit semula.”

“Yang penting sekarang ialah selagi mereka memberi komitmen penuh, saya tetap terima mereka. Pendek kata ini adalah peluang kedua buat mereka,” katanya pada sidang media semalam.

Selain senarai 30 pemain itu, Revington turut menyenaraikan lapan pemain simpanan termasuk tiga pemain skuad hoki Malaysia B-21 Tahun yang akan dipanggil pada waktu tertentu sekiranya khidmat mereka diperlukan. Paul Revington merancang program latihan daripada Oktober ini hingga April 2013 dan pemain yang tidak menunjukan peningkatan bakal disingkirkan.

SENARAI PENUH PEMAIN-PEMAIN

Penjaga Gol : S. Kumar, Roslan Jamaluddin.

Pertahanan : Razie Rahim, Shahrun Nabil, Sallehin Ghani, Amin Rahim, Ramadhan Rosli, Baljit Singh, Noor Faeez Ibrahim.

Midfielder : Shukri Mutalib, Izwan Firdaus, Jivan Mohan, Jiwa Mohan, Marhan Jalil, Shahrin Mohammad, Faiz Helmi, Izad Hakimi, Azammi Adabi

Penyerang : Azlan Misron, Chua Boon Huat, Ismail Abu, Fitri Saari, Amerullah Aziz, Nabil Fiqri, Syamim Yusof, Tengku Ahmad Tajuddin, Amir Farid, Faizal Saari, Hafifi Hafiz, Norhizzat Sumantri

Pemain Tambahan : Azreen Rizal Nasir, Khairulnizam Ibrahim, Kelvinder Singh, Azri Hassan, Firhan Ashaari, Izzat Rahim, B. Namasivayam, Shazril Irwan.

Incoming search terms:

  • senarai pemain hoki malaysia 2012
  • senarai pemain hoki malaysia 2013
  • senarai pemain hoki kebangsaan
  • senarai nama pemain hoki wanita malaysia
  • paul revington biodata
This entry was posted in Hoki and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply