[FORMULA ONE] MONISHA KALTENBORN LAKAR SEJARAH

monisha-kaltenborn-ceo-da-sauberMonisha Kaltenborn mencipta sejarah baru dunia permotoran apabila menjadi wanita pertama mengetuai pasukan Formula One (F1) apabila apabila dilantik sebagai Team Principal Pasukan Sauber F1 mengantikan Peter Sauber. Perlantikan wanita berusia 41 tahun ini berkuat kuasa serta merta pada GP Korea yang berlangsung di Litar Yeongam, Korea Selatan 12 Oktober lalu.

Penglibatan Monisha Kalternborn dalam dunia F1 bermula apabila menyertai Sauber Group di Ketua di Jabatan Undang-Undang pada tahun 2000 sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sauber Groups pada Januari 2010. Peter Sauber turut memindahkan 2/3 saham Sauber kepada Monisha pada Mei lalu.

Sementara itu, Peter Sauber kekal sebagai Presiden kepada Lembaga Pengarah dan masih bertanggungjawap sepenuhnya dalam menentukan hala tuju Sauber Groups. Terdahulu, Peter Sauber yang mencecah usia 69 tahun pada 13 Oktober lalu menyatakan hasratnya untuk bersara sebagai Team Principal Pasukan Sauber apabila umurnya mencecah 70 tahun.

Pengasas kumpulan Sauber itu yakin dengan kredibiliti yang dimiliki oleh Monisha dalam meneruskan legasinya bersama pasukan F1 Sauber.

“Saya tidak meragui Monisha yang memiliki kemahiran luar biasa selaku Team Principal,” kata Peter Sauber.

“Kami sudah lama membuat keputusan ini untuk Monisha mengambil alih kedudukan saya tetapi ketika itu belum ada masa sesuai. Sekarang adalah masa yang terbaik bagi kami, jadi saya menyerahkan tugas ini (kepada Monisha).”

“Malah, saya turut optimis dia akan memastikan kedudukan syarikat terus meningkat. Ini penting bagi saya,” kata Peter Sauber lagi.

Monisha Kaltenborn dilahirkan di Dehradun, India pada 10 Mei 1971 sebelum keluarganya bermigrasi ke Vienna ketika masih dia masih kecil dan mendapat kerakyatan Austria. Dia menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di University of Vienna pada 1995 sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Undang-Undang Perniagaan Antarabangsa di London School of Economics pada 1996.

Pengurus F1 berusia 41 tahun ini sedar bahawa tanggungjawap besar yang dipikulnya kini namun bersedia menghadapi cabaran yang mendatang lantaran minatnya yang mendalam dalam sukan F1 ini.

“Saya sedar ini tanggungjawab besar untuk saya demi memajukan lagi pasukan Peter Sauber,” kata Monisha Kaltenborn

“Tapi, saya cukup gembira dengan perlantikan ini dan saya akan menyahut cabaran Peter (Sauber) untuk menaikkan nama pasukan Sauber.”

Pasukan Sauber F1 mula menyertai kejohanan Formula One (F1) pada 1993 dengan menggunakan enjin Mercedes sebelum beralih arah menggunakan enjin Ford pada tahun 1995-1996. Sauber F1 kemudiannya mengunakan enjin Ferrari yang diinovasi oleh Sauber Petronas Enginnering dari tahun 1997 hingga 2005.

Lantaran peraturan baru yang diperkenalkan oleh Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) menyaksikan pasukan Sauber F1 menggunakan khidmat enjin daripada pasukan BMW di mana Robert Kubica berjaya mencatatkan kemenangan pertama pasukan Sauber F1 di GP Kanada pada 2008. Bermula tahun 2010 hingga kini, pasukan Sauber F1 kembali menggunakan teknologi enjin Ferrari.

Incoming search terms:

  • teknologi enjin dimiliki petronas
This entry was posted in Permotoran and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply