[EPL] THE GUNNERS BURU 3 MATA DI CARROW ROAD

Norwich City bakal menanti kunjungan Arsenal di Carrow Road, Norwich bagi perlawanan ke-8 Liga Perdana Inggeris selepas berhenti rehat selama 2 minggu bagi memberi laluan kepada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 dan persahabatan antarabangsa. Arsenal kini bersemangat memburu 3 mata bagi menghambat kedudukan teratas liga sementara Norwich City pula terdesak memungut mata untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Arsene Wenger bakal kehilangan Abou Diaby yang belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan paha semasa perlawanan menentang Chelsea hujung September lalu. Theo Walcott yang mengalami kecederaan dada semasa aksi bersama England menentang San Marino dan Kieran Gibbs yang mengalami kecederaan paha turut disisihkan. Lukas Fabianski pula akan berehat selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan buku lali Selasa lalu.

Sementara itu, Wojciech Szczesny pula memerlukan 3-4 minggu sebelum boleh kembali beraksi bersama Arsenal. Tomas Rosicky pula yang mengalami kecederaan archilles sudah pulih dan akan mula turun menjalani latihan minggu hadapan. Jack Wilshere, Bacary Sagna dan Emmanuel Frimpong pula memerlukan tempoh seminggu bagi memulihkan kecergasan sebelum bersedia beraksi bersama skuad utama Arsenal.

Arsene Wenger bakal menurunkan skuad yang sama ketika menewaskan West Ham United 2 minggu lalu kecuali Kieran Gibbs yang digantikan dengan Andre Santos dan Aaron Ramsey yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Abou Diaby untuk bergandingan bersama Mikel Arteta dan Santi Cazorla.

Di kem Norwich City pula, Robert Snodgrass pula masih dalam keraguan namun dijangka sempat pulih menjelang pertemuan malam ini. Selain itu, Hary Kane turut diketepikan kerana belum pulih dari kecederaan buku lali sementara Jacob Butterfield masih belum cergas sepenuhnya untuk memulakan debut bersama Norwich.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 20 Oktober 2012

Waktu : 12.30 t/malam (waktu Malaysia)

Pengadil : Lee Probert

Ramalan : Norwich City (0) vs Arsenal (3)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal cuma tewas sekali dalam 12 perlawanan terakhir di tempat lawan dengan merekodkan 7 kemenangan dan 4 seri.
  • Norwich City cuma menang sekali daripada 7 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.
  • The Gunners miliki rekod yang baik di mana tidak pernah tewas dalam 12 kunjungan terakhir ke Carrow Road.
  • The Canaries merupakan pasukan paling banyak melepaskan gol menerusi jaringan dari luar kotak penalti dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan 5 gol.
  • Bradley Johnson merupakan pemain yang paling banyak melakukan kekasaran sebanyak 16 kali tanpa dilayangkan sebarang kad.
  • Santi Cazorla merupakan pemain yang paling banyak di Eropah yang menjaringkan gol dari luar kotak penalti sejak Ogos 2011 dengan 9 gol.
  • Penyerang Norwich, Steve Morison berjaya menjaringkan gol menentang Arsenal dalam kedua-dua perlawanan di laman sendiri dan tempat lawan musim lalu.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply