[EPL] LONDON DERBY – FLY EMIRATES VS AIR ASIA

Arsenal yang dipalit aib ekoran kekalahan 0-2 kepada Schalke 04 di laman sendiri awal Khamis lalu bakal turun dengan misi untuk menebus kekecewaan menentang Queen Park Rangers di Emirates malam ini. Sementara itu, skuad bimbingan Mark Hughes pula masih tercari-cari rentak kini menghuni dasar Liga Perdana Inggeris apabila sekadar memungut 3 mata selepas 8 perlawanan setakat ini.

The Gunners yang berdepan prestasi tidak menentu ekoran dua kekalahan berturut-turut kepada Norwich City dan Schalke 04 dalam dua perlawanan terakhir berdepan tugas getir untuk memunggut 3 mata pada pertemuan malam ini meskipun berjaya menampilkan aksi yang memberansangkan dalam perlawanan awal musim ini.

Arsene Wenger terus kehilangan khidmat beberapa pemain yang mengalami kecederaan termasuk Abou Diaby (paha), Alex Oxlade-Chamberlain (pinggang), Kieran Gibbs (paha) dan Tomas Rosicky (archilles). Sementara itu, kelibat Jack Wilshere, Bacary Sagna, dan Theo Walcott sudah pulih dari kecederaan dan bersedia untuk diturunkan menentang QPR malam ini.

Vito Mannone pula terus menjadi sandaran untuk mengawal gawang Arsenal ekoran Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski belum pulih dari kecederaan. Arsenal bakal menurunkan skuad yang sama ketika dikecewakan oleh Schalke 04 kecuali Francis Coquelin yang digantikan dengan Aaron Ramsey.

Di kem QPR pula, Mark Hughes hampir pasti kehilangan bek kanan, Fabio da Silva yang mengalami kecederaan hamstring sementara penyerang, Andy Johnson pula mengalami masalah lutut dan Kieron Dyer pula dihimpit kecederaan betis.

QPR pula bakal menurunkan Julio Cesar selaku penjaga gol sementara Ryan Nelsen dan Stephane Mbia bergandingan di posisi pertahanan tengah dengan dibantu oleh Jose Bosingwa selaku bek kanan dan Armand Traore beraksi di posisi bek kiri. Samba Diakite pula berperanan selaku defensive midfielder sementara Estaban Granero menjadi life wire menghubungkan barisan pertahanan dengan jentera serangan.

Shaun Wright-Phillips dan Junior Hoilett diberi peranan mengucar-kacirkan pertahanan mengerakan jentera serangan di bahagian sayap. Adel Taarabt pula diberi peranan selaku attacking midfielder atau back-up striker dan penjaring terbanyak QPR, Bobby Zamora kekal selaku targetman di bahagian serangan.

Perlawanan malam ini diramal bermula rancak dengan kedua-dua pasukan bakal melakukan serangan ke kubu lawan masing-masing. Arsenal sekali lagi dilihat akan menguasai bahagian tengah padang meskipun berdepan dengan penurunan prestasi ketika ini. Jentera serangan Arsenal bakal diuji dengan kekentalan pertahanan QPR dan ketangkasan Julio Cesar.

Mark Hughes bakal mengunakan taktik satu defensive midfielder iaitu Samba Diakite dengan Estaban Granero dan Adel Taarabt bakal menjadi duri dalam daging merobek benteng pertahanan Arsenal yang dikemudi oleh Thomas Vermaelen dan Per Mertesacker. Sentuhan pemusnah Bobby Zamora sekali lagi menjadi harapan QPR untuk memperoleh gol menentang The Gunners.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 27 Oktober 2012

Waktu : 10.00 malam (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Emirates, London

Pengadil : Anthony Taylor

Ramalan : Arsenal (2) vs Queen Park Rangers (0)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal tewas 3 kali daripada 5 perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.
  • Musim lalu, Arsenal berjaya menewaskan QPR 1-0 di Stadium Emirates tetapi tewas 1-2 di Loftus Road.
  • QPR hanya memenangi satu perlawanan musim ketika menewaskan Walsall dalam saingan Piala Capital One.
  • Kali terakhir tewas tiga perlawanan berturut-turut musim lalu ketika tumpas kepada Fulham, Manchester United dan Swansea City.
  • Mark Hughes tewas dalam 5 perlawanan terakhir menentang Arsenal.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply