[EPL-6] ARSENAL REBAH DI LAMAN SENDIRI

Arsenal gagal meneruskan kecemerlangan awal musim ini apabila rebah di laman sendiri selepas tewas 1-2 kepada Chelsea dalam perlawanan ke-6 semalam. Kekalahan tersebut juga meleburkan rekod tanpa kalah Arsenal musim sekaligus gagal menjadi hadiah buat Arsene Wenger yang menyambut ulang tahun ke-16 selaku pengurus Arsenal. Chelsea pula terus gah di puncak liga dengan 16 mata semenatara Arsenal sekadar meraih 9 mata selepas 6 perlawanan.

Arsene Wenger menurunkan skuad yang sama ketika seri menentang Manchester City hujung minggu lalu kecuali Per Mertesacker yang digantikan dengan Thomas Vermaelen. Theo Walcott, Olivier Giroud, Oxlade-Chamberlain, dan Andre Santos sekadar di bangku simpanan lantaran belum cukup rehat selapas cemerlang membantu Arsenal menewaskan Coventry awal pagi Khamis lalu.

Chelsea pula menurunkan skuad utamanya termauk kapten, John Terry yang masih lagi belum menjalani hukuman  pengantungan 4 perlawanan oleh FA Inggeris. Namun, Frank Lampard terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir selepas berada dalam keraguan sekaligus membuka peluang buat pemain muda Brazil, Oscar diturunkan dalam kesebelasan utama.

Arsenal bermula perlahan dengan Chelsea lebih banyak menguasai bola pada 10 minit pertama perlawanan. Kecederaan yang menimpa Abou Diaby menyak pemain tengah itu dibawa keluar dan digantikan dengan Oxlade-Chamberlain pada minit ke-18. Bermula dari satu sepakan percuma di hadapan kotak penalti selepas Vermaelen mengasai Hazard, Fernando Torres bijak memanfaatkan peluang selepas pertahanan Arsenal gagal menghalang hantaran set-piece tersebut untuk gol pendahuluan Chelsea pada minit ke-20.

The Gunners terus hilang punca selepas itu dengan gagal melakukan hantaran-hantaran sempurna sementara serangan balas pantas Chelsea terutama menerusi Juan Mata dan Eden Hazard beberapa kali memerangkap pertahanan Arsenal. Kesilapan Koscielny pada minit ke-24 nyaris mengundang padah apabila Torres berjaya merampas bola dari kawalan namun recovery pantas oleh Koscielny berjaya menyelamatkan keadaan.

Penantian Arsenal berakhir apabila Gervinho yang tidak dikawal dalam kotak penalti berjaya menyambut hantaran lintang Chamberlain sebelum melepaskan satu rembatan kencang untuk gol penyamaan dua minit menuju rehat. Torres sekali mengancam gawang Arsenal pada masa-masa kecederaan separuh masa pertama namun rembatannya sedikit tersasar.

Kembali dari rehat, Arsenal berjaya memperkemaskan bahagian serangan mengasak kubu Chelsea. Arsenal hampir menambah jaringan selepas hantaran lintang Podolski yang dikeluarkan oleh Ashley Cole tepat singgah di kaki Cazorla namun rembatannya meliar pada minit ke-50. Pada minit ke-53, kekasaran Vermaelen ke atas Torres membolehkan Chelsea dianugerahkan sepakan percuma. Juan Mata cemerlang melakukan satu sepakan cantik yang memperdaya pertahanan dan penjaga gol Arsenal untuk Chelsea kembali mendahului.

Mendahului 2-1, Chelsea mula mengamalkan taktikal bertahan sementara Arsenal terus rancak mengasak. Tandukan cantik Gibbs susulan hantaran lintang Gervinho berjaya diselamatkan oleh Cech pada minit ke-53. Arsene Wenger membawa masuk Giroud dan Walcott mengantikan Podolski dan Ramsey pada minit ke-66 bagi menambat sengat di bahagian serangan.

Olivier Giroud pula hampa selepas percubaan berjaya ditampan oleh Cech pada minit ke-73 sementara Cazorla turut gagal menemui sentuhan apabila rembatannya pada minit ke-89 sekadar melewati palang. Giroud sekali lagi bijak membaca hantaran Chamberlain namun rembatannya pada masa-masa kecederaan sedikit tersasar meskipun Petr Cech sudah tertewas. Kedudukan ini kekal hingga ke wisel penamat.

ANALISIS PERLAWANAN

Percaturan Wenger menurunkan Koscielny bertujuan untuk mengekang serangan balas pantas di mana Koscielny memiliki kepantasan berbanding Mertesacker yang agak perlahan. Ini kerana corak permainan Chelsea yang mengamalkan serangan balas pantas menerusi Hazard dan Mata. Namun Mertesacker memiliki kelebihan fizikal dalam situasi kawalan bola tinggi dan ketika melakukan pintasan.

Kunci utama kegagalan semalam ialah ketiadaan anchorman untuk merantai pergerakan Eden Hazard yang menjadi nadi setiap serangan Chelsea. Mikel Arteta gagal untuk mengisi kekosongan Alex Song untuk mengekang pemain-pemain yang lincah dan pantas seperti Hazard dan ketiadaan Abou Diaby di bahagian tengah memburukan lagi keadaan.

Sementara Aaron Ramsey dan Santi Cazorla gagal mempamerkan persembahan mantap seperti perlawanan menentang Man City hujung minggu lalu. Aaron Ramsey seharusnya dikeluarkan lebih awal pada separuh masa kedua dan digantikan dengan Theo Walcott kerana kepantasannya mampu memerangkap da mengucar-kacirkan barisan pertahanan Chelsea.

Lukas Podolski tidak mendapat peluang yang baik untuk menjaringkan gol sepanjang perlawanan kerana dikawal rapi oleh pertahanan Chelsea. Sementara, kemasukan Giroud berjaya menambah sedikit sengat di bahagian hadapan namun kecekapan Cech berjaya menafikan dua percubaan berbahaya daripada Giroud. Penyerang antarabangsa Perancis itu dilihat semakin yakin dan serasi dengan corak permainan Arsenal serta bijak membaca hantaran-hantaran yang dilakukan kepadanya.

Taktikal Chelsea pula meletakkan Eden Hazard, Juan Mata dan Oscar berkesan merobek benteng pertahanan Arsenal. Kepantasan dan kelincahan ketiga-tiga pemain dimanfaatkan sepenuhnya oleh Roberto de Matteo membentuk serangan triangle dalam setiap serangan Chelsea. Fernando Torres kekal sebagai target man sementara John Obi Mikel dan Ramires diletakkan di bahagian deep midfielder berjaya memainkan peranan dengan baik untuk mengekang setiap asakan.

Kelebihan utama Chelsea pasti kepada barisan pertahanan yang mantap di ketuai oleh John Terry bersama David Luiz, Branislav Ivanovic dan Ashley Cole untuk mengekang asakan-asakan penyerang Arsenal. Kewibawaan dan kemampuan untuk bertahan baik menyaksikan Chelsea berjaya menyingkirkan Barcelona di separuh akhir sekaligus berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

MAN OF THE MATCH : KIERAN GIBBS

STATISTIK PERLAWANAN

This entry was posted in Ulasan and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply