[CORETAN] SAYA AKAN TERUS MENGHARAP – MIKEL ARTETA

Pemain tengah Arsenal, Mikel Arteta masih menanti panggilan daripada skuad kebangsaan Sepanyol selepas mempamerkan persembahan mantap bersama The Gunners dan mengakui dirinya masih terus berharap mengenainya. Pemain berusia 30 tahun ini merupakan antara master of passes di Eropah musim ini terutama ketika melakukan hantaran-hantaran tepat namun masih gagal memikat hati pengendali La Roja, Vicente del Bosque.

Mikel Arteta tidak dapat menyembunyikan kekecewaanya selapas tidak mendapat peluang beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol. Dia merupakan antara pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris dan di dunia meskipun tanpa sebarang cap antarabangsa.

“Saya tidak akan berhenti bermimpi (untuk beraksi bersama Sepanyol),” kata Arteta kepada AS.

“Saya akan sentiasa mengintai peluang untuk menikmat kemenangan bersama pasukan.”

“Jujurnya, saya sangat cemburu dan marah kerana tidak dapat menjadi sebahagian daripada catatan sejarah.”

“Tetapi saya dalam situasi sukar sepanjang karier saya dan saya berharap mendapat panggilan daripada jurulatih (Sepanyol),” kata pemain berusia 30 tahun itu lagi.

Berdasarkan statistik menentang West Ham United pada 6 Oktober lalu, Mikel Arteta sekali lagi mempamerkan mutu persembahan yang cemerlang bersama Arsenal.

  • Passes: 106/111
  • Passing rate: 95%
  • Passes in WHAM final 1/3: 33/37
  • Passes backward: 19/19
  • Passes square: 21/21
  • Passes forward: 66/71
  • Key Passes: 2
  • Tackles: 5/5
  • Aerial Duels: 1/1
  • Passes per game average 2012-2013: 94
  • Passes rate 2012-2013: 94%
  • Tackles per game average 2012-2013: 4.6

Sumber : www.arsenalhf.com

This entry was posted in Coretan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply