[CORETAN] LIGA PERDANA INGGERIS SUDAH BEREVOLUSI – WENGER

Arsène Wenger mengakui Liga Perdana Inggeris mengalami proses revolusi taktikal sejak ketibaannya di Arsenal pada Oktober 1996. Pengurus berbangsa Perancis itu mewarisi taktikal 4-4-2 ketika memulakan karier selaku pengurus Arsenal namun kini mengubah menggunakan sistem 4-3-3 seperti hari ini. Persaingan dalam merebut kejuaraan liga turut berubah kepada 4 atau 5 penjuru berbanding dua penjuru sebelum ini.

Perubahan ini turut mencerminkan cabaran yang semakin tinggi dalam memburu kejuaraan serta pesaing-pesaing yang semakin hebat dengan kekuatan yang hampir setara.

“Ketika saya tiba di England, saya meggunakan formasi kekal 4-4-2,” kata Arsene Wenger kepada Official Arsenal Magazine.

“Pasukan hari ini lebih versetail dan mereka boleh bertahan dengan tiga atau lima pertahanan atau menggunakan formasi 4-4-1-1, 4-4-3, atau 4-5-1 dalam semua variasi.”

“Saya rasa formasi pasukan-pasukan kini lebih fleksible berbanding dengan 15 tahun yang lalu.”

“Pastinya ya, perubahan sudah berlaku didorong oleh permainan Eropah dan pengaruh pemain-pemain asing. Anda boleh katakan ini sebagai satu evolusi mengurangkan kekuatan di bahagian serangan dengan mengukuhkan bahagian midfielder,” kata pengurus berusia 63 tahun itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply