[CORETAN] BARCA, LIVERPOOL PENGARUHI KEPUTUSAN CHAMBERLAIN

Kontrak-baru-untuk-ChamberlainMeskipun hampir digugurkan dari akademi Southampton ketika berusia 15 tahun namun itu tidak meluntur semangat Alex Oxlade-Chamberlain untuk menjadi pemain bola sepak yang beraksi dihormati dan beraksi di peringkat tertinggi. Pemain kelahiran Hampshire, England ini mula mencuri tumpuan apabila melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates ketika berusia 18 tahun daripada Southampton dan merupakan antara bintang masa depan dalam pembikinan.

Bintang Oxlade-Chamberlain terus menyinar apabila mendapat debut dalam skuad utama England pada 26 Mei 2012 dalam skuad bimbingan Roy Hodgson ketika menentang Norway. Kini, pemain sayap berusia 19 tahun gigih mengasah bakat di bawah kendalian Arsene Wenger. Oxlade-Chamberlain mengakui bahawa dua kelab utama Eropah, Liverpool dan Barcelona yang mempengaruhi perpindahannya ke Arsenal.

“Sebelum saya menandatangani kontrak di sini, saya telah datang untuk menyaksikan perlawanan (Arsenal) menentang Barcelona dan Liverpool di Stadium Emirates,” kata Alex Oxlade-Chamberlain.

“Di sana (Stadium Emirates), sayaAlex-Oxlade-Chamberlain-in-London-Colney melihat persekitaran dan para penyokong yang membuatkan saya menyedari untuk bermain di tahap ini adalah bagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan.”

“Gaya permainan di sini (Arsenal) adalah seperti yang saya inginkan. Segalanya sesuatu kelab adalah cerminan seperti yang saya mahukan, dari repuatasi kelab hingga kepada para penyokong.”

“Saya berasa lega dengan keputusan untuk bergabung bersama Arsenal,” kata Chamberlain lagi.

Sejak tiba di Stadium Emirates, Alex Oxlade-Chamberlain telah melakukan 59 penampilan dan menjaringan 6 gol setakat ini. Di samping itu, pemain sayap berusia 19 tahun ini sudah memiliki 10 cap antarabangsa bersama skuad kebangsaan England dengan menjaringkan 2 gol.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply